Duit belanja sekolah masa kini

As Salam.

Alhamdulillah, setel semua urusan perndaftaran sekolah azwa tahun satu tahun depan. kelmarin lagi dah setelkan.

Masa kerani tulis nama azwa di buku pendaftaran sekolah. ada nampak di tepi-tepi nombor tu ada tulis 1W, 1D, 1K dan 1I.

Disebabkan mulut aku ni mesra sangatkan. so, tanyalah kerani tu, kat tepi-tepi nombor tu.. nombor apa..nombor kelas ke? kerani itu mengiakan.  dalam hati aku, “azwa di kelas nombor 3?” . pastu kerani itu cakap,” ini hanya untuk bahagikan sama rata. kelas sebenar belum tentukan lagi. akan ada exam dulu”. lagi mulut aku tak reti diam “examnya yang macam mana”. “exam macam sesuaikan gambar, penuhkan ruang kosong”.. oh..baru aku faham.

Mana ada mama yang nak anaknya di kelas ke belakang betul tak?

Pastu, aku mula fikir pasal belanja sekolah anak masa kini. kalau dulu, dulu tu… time akulah..20+ yang lepas. bawa RM1 pun dah kira banyakkan. tapi kalau masa kini agak-agak RM1 tu masih okey ke. kan tak pasal-pasal berlapar pula si anak kat sekolah.

U all rasa berapa RM yang sesuai untuk belanja anak masa kini?

nota jari : Pasangan DiRaja Britain akan melawat Carcosa Seri Negara hari ini.alahai, sebelah opis jer ni.

About emarieys

Ema has written 1258 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge