#whileinconakry, Family

Stay di Dubai International Airport Hotel, Boleh Check-in Bila-Bila Masa

Stay di Dubai International Airport Hotel.

Paling best boleh check-in bila-bila masa. Tak perlu tunggu jam 2.00 petang sepertimana hotel-hotel yang biasa.

28 jam transit sebelum penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur.

Jika bukan covid melanda, boleh juga jalan-jalan sekitar Dubai tengok Burj Khalifa kan.

Tapi apakan daya, hanya boleh stay di dalam airport sahaja.

Dan bernasib baik aku dah booked lebih awal melalui booking.com.

Hari yang aku sampai, adalah hari National Day mereka.

Harga 1 bilik mencecah USD1000 1 malam.

Dubai International Airport Hotel

Hotel  terletak di terminal 3. Terminal 3 adalah untuk penerbangan dengan Emirates.

Sampai di airport Dubai jam 6.30 pagi, maka check-in pun boleh jam 6.30 pagi.

Check-out  pun kena jam 6.30 pagi juga…yea, cukup 24 jam.

Tapi, aku masuk lewat sikit sebab mahukan keluar lewat esoknya.

Turun kapal, cari connection desk dulu untuk ambil boarding pass ke Kuala Lumpur.

Ya Allah, sampai tersesat nak cari lokasi connection desk ni.

Merata ada papan tanda..tapi bukan tempat yang betul.

Antara gate arrival dengan connection desk, penat kaki jalan, jauh.

Dah jumpa tempat, panjang pula orang beraturnya..so, check-in hotel first.

Nasib baik hotel dekat dari situ, aku main masuk lift pergi ke tingkat 2.

Baca: Tiada Social Distancing Dalam Flight

Dipermudahkan urusan check-in tanpa tambahan apa-apa bayaran walaupun booking untuk 2 dewasa.

Kalau ambil extra bed, barulah kena bayaran lain.

Fikir nak rehat dan tidur jea.

Lega sangat dapat bilik macam ni, ada kerusi sofa untuk baring…muatlah untuk 4 orang. Seorang boleh tidur atas sofa tu.

Itu bukan light selfie ring tau.. Dapat bilik di tingkat 3. So bilik pun memang agak selesa dengan tema biru putih.

View di luar boleh nampak orang berlegar-legar dalam airport. Ada yang rehat dan tidur di kerusi ruang menunggu.

Gym dan pool pun ada.

Nak turun makan tinggal anak pun tak susah hati.

Ada McD, Starbucks, Hard Rock Cafe, Cenderahati semua…operasi 24 jam.

Orang Dubai memang tak tidur ke?

About emarieys

Ema has written 1315 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.