Dokong JDT

Alhamdulillah, selamat sampai di KL malam tadi. Balik kampung, dapat juga makan buah. Itupun dah tak banyak. hanya tinggal buah dokong dan buah rambutan. Tahun ini musim buah sangat menjadi hingga FIL juah RM 50 untuk 4 batang pokok. Ambillah nak banyak mana pun. Orang kampung pun tak larat dah nak makan buah dari bulan puasa hari itu lagi.

Menjadi hingga aku petik dari bawah saja.tak perlu nak panjat-panjat.

Dokong masak

Ini buah dokong Johor…buah dia besar-besar. kalau beli timbang kilo rugi sebab berat kulit. Jenis buah yang besar-besar.sekali tengok seperti buah setor (boleh google nak tengok rupa buah). Tapi buah ini masam-masam manis.

Dokong besarMenjadi hingga buah pun masak dan pecah dari atas pokok lagi. Jangan tanya kenapa ia dipanggil buah dokong johor. sebab aku sendiri pun tak tahu….. mungkin baka buah ini dari Johor..

Sekali tengok tajuk entri dokong JDT macam sokong JDT. Mentang-mentanglah baru lepas bola..Tahniah kelantan..terus senyum lebar.

 

About emarieys

Ema has written 1263 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge