D’Kayangan Steamboat, Shah Alam.

Assalamualaikum. Lemau pula rasa badan hari ini. Baru 6 hari puasa. Dah bulan Jun, dah masuk pertengahan tahun. Tak ada Maybank lagi, dah ada Junbank pulak katanya. Macam-macam idea korang create kan..sampai nama Maybank pun korang boleh buat lawak. Tak kisahlah Maybank tu nak tukar jadi jun, julai, ogos atau seterusnya..yang penting akaun bank tak tukar. Iyea tak?

Dah 6 hari puasa, korang dah berbuka di luar? Selalu berbuka di rumah pun rasa macam boring jugak lah kan. Dahlah waktu bersahur memang banyak di rumah, ini berbuka pun hari-hari di rumah..naik muaklah. Apakata dalam seminggu tu bawa keluarga pergi berbuka di luar satu kali. Eh, memang seronoklah..lebih-lebih lagi si isteri kan. Bolehlah rehat dari masak. ini nantikan asyik fikir “nak masak apa hari ini yer”?. Penat fikir lagi…penat nak masak lagi..penat nak mengemas lagi.

Selera Ramadhan D’Kayangan Steamboat and Grill

Semalam, MamaEma berbuka puasa di D’Kayangan Steamboat dan Grill, Shah Alam, Selangor. Dari rumah ke lokasi memang jauh sikit, tapi memandangkan ada 2 orang yang ‘hantu steamboat’, jarak yang jauh itu tolaklah ke tepi. Yang penting dapat gembirakan mereka yang suka sangat makan steamboat. Itupun MamaEma terpaksa minta balik awal dengan bos, semata-mata nak elak traffic. Apakan daya kena bertabah juga, kita dah rancang perjalanan..tetap juga tersangkut.. 2 jam nak sampai sana.

d'kayangan steambiat shah alam

Menu Steamboat and Grill

Steamboat kalau tak ada udang, tak ada kerang, tak ada sotong, tak ada serba serbi bebola, crab sticks tu bukan nama steamboat lah yea. Di sini, puas makan.. habis…tambah..habis tambah…tapi satu jangan tamak dan jangan membazir. Apa yang MamaEma suka, selain ada mangkuk steam, ada juga untuk grill. Dan kuah steamboat boleh pilih samada nak sup mahupun tomyam.. Wah, tomyam dia memang kick. Pedas-pedas menyengat.. Dari satu pinggan ke satu pinggan dibuatnya.

Dah sampai sana lagi setengah jam nak berbuka, terus ambil bahan-bahan steamboat dan grill. Itupun anak-anak dan ayahnya yang pergi ambil.. kakak dan Mr. Ery orangnya yang hantu steambot ni. Kakak dia aim Crab Stick jer..memang bawa sepingan berisi Crab Stick sajalah… Pastu masuklah dalam periuk yang mana nak steam..dan yang mana nak grill. Berasap-asap setiap meja… Bau pun semerbak ke rongga hidung.

Periuk steam berisi tomyam besar. Boleh masukkan banyak-banyak terus. Tak adalah tunggu lama kan.

Hidangan Buffet

Selain Steamboat and Grill, hidangan buffet yang lain turut disajikan seperti Nasi Beriyani, Ayam Beriyani, Dalca Beriyani, Jelatah, Papadom, Nasi Putih, Daging Masak Merah, Ikan Dori Masak Masam Manis, Sayur Masak Sos Tiram, Kambing Panggang, Roti Jala, Roti John Kueh Teow Goreng dan pelbagai masakan lagi. Hidangan buffet ini akan bertukar setiap hari yea. Kan esok-esok korang pergi, cakap tak ada pun hidangan yang MamaEma cakap ni. Walaupun berlainan hidangan pun, sedap itu pasti. MamaEma berulang tambah makan nasi beriyani, ayam beriyani semalam… sedap sangat. Korang patut rasa juga biarpun makan nasi..  si kecil Ayra pun suka makan.

Tengok pada hidangan lauk pauk dan sayuran kat sini, teringat kat kampung. Sedihnya, tahun ini tak dapat nak berbuka puasa di kampung… Malam raya baru balik. Cuti start selepas raya… Kiranya terubat sikit hati, makan di sini.

Kueh teow goreng nya pun sedap..cukup rasa. Mana tak sedapnya, si kakak dua kali tambah makan. “Banyak sungguh anak aku makan”. Hidangan kueh teow akan disediakan setiap hari tau.. korang jangan risau…

Kambing panggang lah jadi rebutan. Memang sanggup beraturlah.  Yang ni pun, setiap hari ada.. dipotong-potong kecil, lepas itu di panggangkan sekejap..barulah nikmat makan panas-panas kan.

Memikat sungguh selera makan di sini…roti jala dan roti john ada… sos pun macam-macam.. pencuci mulut seperti kek dan kuih muih pun ada… buah-buahan pun ada…ais krim pun ada tau.

Air pun pelbagai perisa…kombinasi warna membuatkan nak rasa semua jenis air pula.

Rojak buah ada.. sedap rojak buah kat sini.. sos rojak sedap, buah pula rangup.. memang layan habis.

dkayangan steamboat

Risau pula kan terbatal puasa korang.  Lebih baik korang sendiri pergi sana berbuka puasa bersama keluarga atau teman. Korang patut cuba masakan dari chef DKayangan Steamboat  iaitu Chef Shanizam, pakar masakan yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang kulinari. Sebab, perapan pada menu grill seperti perapan ayam, daging, udang, ketam, ikan, sotong telah diperbaharui dengan campuran cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah ratus yang lain. Patutlah, semerbak baunya masa tengah grill… memang menaikkan rasa.

d'kayangan bufet ramadhan

Selalulah akan tertanya-tanya, bila berbuka puasa di luar ni? Ada kemudahan ke? Seperti surau dan tempat letak kenderaan.? Tak sesak ke? Yealah, masa makan serentak, jadinya akan sesak dengan orang. Jangan risau, surau perempuan dan lelaki disediakan. Ruang tempat letak kenderaan pun sangat luas. Mencukupi untuk menampung kenderaan yang banyak. Lagipun restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa.

Harga Buffet

Harga pula amat berpatutan dengan pelbagai menu yang disediakan. Harga untuk Dewasa (RM44.90) dan kanak-kanak (RM22.90) sahaja. Sangat berbaloi harganya dengan menu yang pelbagai.. dan makan selagi boleh makan dan terisi. Jadi, agak rugi kalau korang tak pergi berbuka kat sini…pergi sekali nak pergi lagi…. Jadi, korang boleh hubungi nombor di bawah untuk korang buat tempahan berbuka puasa yea:

012 297 1091

017 627 4015

03 552 349 79

FB: Steamboat BBQ Buffet DKayangan

IG: DKayangan Steamboat

Lokasi : D’Kayangan Steamboat,

Sri Acapella Service Apartment,

No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33,

Seksyen 13,

Shah Alam, Selangor

Macam nak kena ulang lagi ni

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

4 Replies to “D’Kayangan Steamboat BBQ Selera Ramadhan Buffet 2 in 1 (Steamboat + Grill)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *