Kemas-kemas meja, terjumpa sebuah buku tulis anak. Selak helaian demi helaian, nampak pula senarai nama-nama pelanggan yang pernah aku berurusan sebelum ini. Nama-nama pelanggan yang telah aku kembalikan duit mereka. Tahun ini tahun ketiga. Bila diingatkan kembali memang rasa sedih. Tapi menangis keluar air mata darah pun, engkau tetap kena pulangkan balik duit pelanggan. Alhamdulillah, berkat bantuan dari Mr.Ery dan keluargaku, berjaya aku selesaikan dalam masa beberapa hari sahaja. Aku redha.

Customer is always RIGHT

Inilah ungkapan dan peraturan yang selalu disebut. “Customer is  always right”. Tapi dalam situasi aku, bukan masalah pada customer. Ianya masalah aku dengan peniaga online yang menipu. Tahun 2015, baru masuk kerja selepas cuti bersalin 90 hari. Niat mencari duit extra sebab raya pun dah dekat. Tidak disangka tidak diduga, terduduk aku bila ditipu.

Refund Duit Pelanggan

Refund Duit Pelanggan

Baca: Nama Penipu Online

Refund Duit Pelanggan

Selepas sedar ditipu, sebab barang tidak sampai pada semua pelanggan. Telefon pun tidak berangkat. Aku buat report polis. Aku create satu group refund duit dengan linangan air mata. Dalam ramai-ramai customer ada yang memahami, ada yang cop aku pula yang tipu. Sedih, hanya Allah sahaja yang tahu. Sudahlah, nak kena cari duit untuk refund, dicop pula menipu. Aku tahu, mereka pun takut kalau duit mereka tidak dikembalikan. Aku tidak salahkan mereka pun. Berkat pertolongan keluargaku, setel semua duit pelanggan dalam masa beberapa hari.

Buka Fail Tribunal

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) pun aku dah pergi, masuk mahkamah bagai. Menang kes sebab penipu langsung tak nampak batang hidung. Aku sendiri pun tak tahu apa perkembangannya. Tahun lepas, ada terima panggilan dari TTPM yang mengambil kes ini katanya pegawai sebelum ini telah bertukar. Lepas itu diam sehingga hari ini.

Pernah share dalam group senarai penipu online di facebook. Ramai yang kenal, dan  ramai juga yang kena tipu dengan nama yang sama. Aku pernah mesej dengan salah seorang kenalan penipu ini, katanya dia memang tidak serik-serik. Malah, isteri pun sama kaki penipu. Punyalah aku jejak dia, sehingga aku dapat akaun fb personal dan IC suami isteri. Paling last, aku dengar berita lakinya dah kena tahan lokap sebab pukul isteri. Tak lama pun dalam lokap, dah lepas pun. Group senarai penipu online pun dah tak berapa aktif sekarang. Agaknya, dah ramai orang insaf.

Walaupun dah terkena, setahun selepas itu aku berniaga jubah di bulan puasa dengan menyewa booth. Adik yang jaga. Seronok bila orang datang membeli jubah dan dapat pula hasil yang lebih. Tahun lepas tidak pula berniaga, tahun ini masih dalam perancangan. Mungkin hanya akan tolong adik yang akan buka booth di Terengganu pada bulan puasa nanti.

Jadi, berhati-hatilah kalian untuk berurusniaga dalam talian dengan orang yang tidak dikenali. Sepandai-pandai tupai melompat, satu hari akan jatuh juga.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

3 Replies to “Ditipu Peniaga Online, Pengalaman Refund Duit Customers”

  1. inilah cabaran niaga on9. Ada je customer, peniaga atau supplier yg nak menipu. Kene hati cekal lah nk hadap semua masalah macam ni. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan ☺️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *