Dilema orang berkaca mata.. situasi yang perlu dihadapi bagi orang yang terpaksa pakai cermin mata. Walaupun sekarang dah ada contact lens siap ada power, tapi cermin mata juga yang jadi pilihan. Seriau nak pakai contact lens..fikir macam-macam. Itu sebab sampai sekarang tak pernah try pakai contact lens. Jeles juga dengan orang yang bergaya pakai contact lens..cantik matanya..tukar-tukar warna.

Mata mula rabun selepas SPM..Itupun sekejap pakai..sekejap tak..sebab apa? sebab nak jaga keterampilan gitu..ecewah. gara-gara mata rabun inilah, tak dapat kerja polis walaupun dah cop 10 jari tanda dah lepas. Tapi apakan daya tak lulus semasa medical check-up. Erm, tak ada rezeki.

Nasib orang bertudung yang perlu berkaca mata. Stress woo, time sarung tudung macam dah cantik ayu terletak tudungnya. Tapi bila selit cermin mata, mulalah kembang tudung. Susah benar nak cari bingkai yang memang khas untuk orang bertudung ni. Tak ada orang jual ke? Boleh mendatangkan stress gara-gara kembangnya tudung..hahahaha.

Itu pasal korang jangan pelik bila tengok orang bertudung ni pakai cermin mata letaknya di luar tudung. Cara ini, untuk bagi tudung terletak elok, tak adalah kembang dan kemik. gituu.dan rambut tepi-tepi pun tak keluar. dan bingkai cermin tu, hanya bergantung pada hidung, bukan telinga.

Berkaca mata, situasi yang biasa dihadapi

Selain masalah untuk orang bertudung, situasi yang biasa perlu dihadapi bagi orang bercermin mata bila:

  1. Tak ingat letak mana cermin mata, masa nak guna baru menggagau cari lebih-lebih lagi time nak tengok siaran tv best.
  2. Power bertambah sejak mengadap komputer hari-hari
  3. Bingkai cermin patah tak boleh sambung.
  4. Baring dah tersenget cermin mata.
  5. Keluar bilik yang beraircond, cermin berwap..mulalah tak nampak.
  6. Kena hujan, cermin yang tak ada wiper..korang rasa?
  7. Naik motor awal pagi, sedar-sedar terlekat binatang halus di cermin.
  8. Kesan jari pada cermin.
  9. Lama-lama pakai, mata sepet bila buka cermin mata.
  10. Orang tak kenal..atau tak kenal orang.

Dah uzur pun cermin mata sendiri ni. Usia dah dua tahun lebih. Beli online RM100 termasuk power nya sekali. dah kena tambah power cermin mata ni.. dah kabur tak cukup power. Okey, itu saja nak cerita..jadilah juga satu story kan…terima kasih sudi baca

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

4 Replies to “Dilema Orang Berkaca Mata Situasi Yang Perlu Dihadapi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *