Jumpa Orang Malaysia Lain Yang Bekerja di Guinea

Orang Malaysia kerja di Guinea.

Jauhnya, mencari rezeki kan.

Akhirnya, jumpa juga orang Malaysia lain yang bekerja di Guinea.

Kenapa Malaysia lain?

Sebabnya, mereka-mereka ini yang bukan menetap lama kat sini.

Ada 1 minggu, 2 minggu, dan paling lama pun setakat 1 bulan jer.

Setel kerja, balik semula ke Malaysia.

Hasil menulis di blog, dapat juga bertemu mata.

Asalnya, bermesej dengan isteri salah seorang dari mereka jer.

Walaupun aku sendiri tidak bertemu mata, dah wakilkan Mr Ery tu.

Sebelum mereka ni balik, sempatlah dibawa ronda-ronda Conakry.

Dengarnya, beli souvenirs.

orang malaysia yang kerja di Guinea

Maklumlah, bukan negara tourist kan..so, tak banyaklah pilihan.

Bawa orang tempatan, walau tetap kena ketuk harga, tak adalah teruk sangat kot.

Yealah, mana nak faham diaorang cakap apa kan.

Singgah tempat makan pun tempat yang biasa juga yer.

Hehehehe.

Nak datang ke Guinea ni, walaupun datang beberapa hari, maklumkan lah kehadiran kepada embassy.

Tak ada masa nak datang embassy, just emel jer nama, no untuk dihubungi, datang bila, balik bila, stay mana.

So, embassy tahu ada rakyat Malaysia lain di sini.

Lagipun ini negara yang selalu berlaku konflik.

Lagi-lagi masa sekarang ni, kena berjaga-jaga.

Jangan sudah terhantuk, baru tergadah.

Hah, gitu.

Nak berhubung dengan Embassy Malaysia in Conakry, ini alamatnya:

Address:
P.O.BOX 5460 Mafanco, Corniche Sud

 Telephone: +224-622-66-78-79
+224-629-30-29-29

 Email: mwconakry@kln.gov.my

Setahu aku, orang Malaysia kerja di Guinea ni sebab dihantar opis mereka.

Yang datang nak honeymoon, jauh sekalilah.

Bukan Guinea saja, malah Guinea-Bissau, Sierra Leone, Ivory Coast, Liberia pun boleh maklum di Embassy in Conakry.

Tagged : / / / /

Yang Baru Datang Yang Lama Pula Dah Pergi

Selamat balik ke Malaysia SU3.

Tak habis lagi cerita SU3..our third secretary in MW Conakry.

Yang baru datang, yang lama pula dah pergi.

Walaupun hanya 4 bulan bersama, dah macam family sendiri.

Apapun good luck pada SU3 yang selamat balik ke Malaysia.

InshaALLAH umur panjang, jumpa di HQ nanti.

Maaf SU3 yer, curi-curi snap gambar masa last day bersama local staff.

Baca: With our local staff

Itupun kalau SU3 ada baca blog ini…hehehe.

Kenangan…entah datang ke sini lagi ke tidak selepas ini kan.

Semalam, berkesempatan untuk  hantar SU3 dan wife kat Airport Conakry.

Ini kali ke-2 jejak kaki di airport sini.

Berapa banyak sekatan, sebelum dapat masuk ke dalam ni.

Nanti-nantilah aku share di post lain.

Pelbagai kerenah orang-orang kat sini nak kena hadap.

selamat balik ke Malaysia SU3

Aloss, makin mengecil lah group Malaysian Beauties CKY ni (:-() yer.

Apapun good luck juga untuk wife SU3.

Selamat kembali bekerja dan habiskan study.

malaysian beautician cky

Bye-bye SU3.

Dah selamat sampai Malaysia dah time ini.

selamat balik ke malaysia

SU3 punya turn dah lepas.

Tak lama, lagi seorang pula menghitung hari

Juga akan balik Malaysia.

Aku punya turn lambat lagi lah..

Aqeel pun dah rindu dengan uncle SU3 dia ni, sebab suka layan dia mandi kolam dan main games

Malam tadi Aqeel pergi hantar mesej kat FB.

Uncle SU3 bagitahu boring duduk dalam kapal terbang ni.

Nak buat macam mana, perjalanan yang agak jauh kan.

 

 

 

 

Tagged : / / /

From Kunming to Conakry, Welcome to Guinea New SU3

Welcome to Guinea New SU3.

From Kunming to Conakry.

Sebelum ini, dikelilingi si mata sepet.

Sekarang akan dikelilingi si rambut kerinting.

Sebelum ini, dikelilingi si kulit cerah

Sekarang akan dikelilingi si hitam manis.

Jauh bezanya nanti, jangan culture shock sudah. hehehe

New country, new experience, new journey

So, malam tu terus meraikan kedatangan our new team members di tempat biasa.

Tak lain tak bukan semestinya di Cherry Resto Cafe.

Ermmmm, tak jet lag ke ni?

Kemain, rileks jea.

Eh, nampak seperti formal, tapi makan malam biasa-biasa jer.

Aku punya KC baru balik meeting.

Terus singgah join sekali.

Alhamdulillah new SU3 yang datang ni pun nampak okey.

Looks like a very happy person.

Suka explore.

Awal-awal dah plan nak jejak ke pulau-pulau yang ada kat sini.

Harap plan ni menjadi, boleh hilang bosan..lagi-lagi Mr. Ery tu.

Yealah, katanya kat Kunming tak ada laut…dah lama tak jumpa laut.

Kat sini, hari-hari boleh nampak laut.

Dari rumah boleh nampak laut.

Nak pergi opis pun nampak laut.

Tapi jangan pula pergi terjun mandi air laut yer SU3..

Setakat ini, tak nampak lagi siapa yang mandi.

Masa masih panjang, 3 tahun berkhidmat di sini.

Moga aku dapat bekerjasama dengan baik bersama dengan new team ini.

Once again welcome to Guinea new SU3.

 

 

 

 

 

Tagged : / / /

Nak Meraikan Birthday Orang Lain, Sekali Sendiri Pun Kena Surprise

Birthday treats untuk orang lain, diri sendiri pun kena surprise

Asalnya yang diberitahu ada orang nak belanja makan malam.

Yang sebetulnya nak meraikan 2 orang yang sama tarikh lahir 5 November.

Tak sangka pula ada 2 orang yang sama tarikh lahir, ingatkan aku punya SU3 yang dah nak balik Malaysia seorang jer.

Tapi SU3 tak dapat join, sebab dah ada plan lain.

Dinner and birthday treats di Le Special, Conakry.

Satu-satunya tempat makan yang ada nasi berlaukkan kari ala mamak.

Lepas selesai makan tetiba datang 2 kek…tak dapat agak lagi..

Memang duk ingatkan, sebagai pencuci mulut jer.

Sekali bila duk nyanyi lagu “happy birthday”…

Alamak….kena surprise ke ni?

Ini mesti KC punya kerjalah ni.

Terima kasih semua.

Hilang kempunan nak makan kek coklat yang sedap kat Le Special ni.

Dari hari Anniversary minta Mr. Ery pergi beli tapi tak berani nak pergi ke Bandar Kalloum sendiri.

Masih tak fasih dengan jalan untuk masuk ke Kalloum.

Macam mana tahu sedap kek dari Le Special?

Sebab dah pernah makan sekali masa birthday Mr yang belanja dinner ni.

Happy birthday to Mr (berbaju kotak), dan TQ Mr (Berbaju Kemeja) for belanja the dinner and the cakes.

Also, thanks for KC and wife

Merci Boucoup!!!

 

 

Tagged : / / / / /

Farewell Our Third Secretary, Dah Nak Balik Malaysia.

Farewell our SU3.

In French “Adieu notre troisième secrétaire”

Minggu terakhir bersama SU3 yang dah nak balik Malaysia.

Hanya 4 bulan sahaja berkerjasama.

Beginilah kerja, bersilih ganti tukar pegawai.

Selamat kembali ke Malaysia Encik Muammar.

Jumpa lagi 3 tahun di Putrajaya.

Eh, mesti dah posting ke tempat lain time tu.

Apapun, selamat maju jaya walau di mana berada.

 

You will be missed amongst us whenever we take breaks, gossips, have coffee or simply take part in any official activities. This goodbye farewell message will make you remember us and we do hope a glorious future for you.

 

 

Jangan teringat Bon Cafe pula yea.

Semalam, meraikan perpisahan bersama team kerja kami di Africana Restaurant.

 

Meraikan di Cherry Cafe

 

Sebelum ini, telah meraikan bersama keluarga di Cherry Resto.

Tak tahu nak pilih tempat makan mana, sinilah paling dekat dengan rumah.

Plan asal nak masak sendiri dan jamu di rumah.

Disebabkan tangan masih tak sihat, tak dapatlah nak masak

Baik punya alasan kan….hehehe.

Bakal pengganti SU3 pun akan sampai minggu ini.

Kali ini pengganti yang datang orang bujang.

Lagi kecillah komuniti kami kat sini, lagi-lagi team perempuan ni.

Alahai sedihnya.

Selamat maju jaya juga kepada wife Encik Muammar.

Bon Voyage!!!

Opps, terlupa…

Terima kasih for udang kering dan ikan kering.

Hilang kempunan nak makan. 🙂

 

Tagged : /

ZCO Market Another Supermarche in Conakry

Sejak ZCO Market dibuka, dah jarang pergi ke supermarket Imperial, Continental dan City Market.

Sebabnya kat ZCO Market pun ada barang halal.. lagi dekat dengan rumah.

Laluan hari-hari ke tempat kerja.

Ada barang yang lebih murah ada juga yang lebih mahal dari market lain.

Beza pun tak banyak.

Benda yang selalu aku beli kat ZCO ni, ayam organik halal.

Ada juga beli kambing dan daging segar.

Sebelum beli, ada tanya ‘HALAL’.

Yang menjawabnya “Bismililah” sambil buat gaya potong leher.

So, adalah keyakinan kat situ.

zco market

Bertambah yakin, tiada pork kat sini

Beza kat supermarket lain, sebelah menyebelah jer pork dengan daging halal.

daging halal guinea

Kebanyakan mana-mana market kat sini tutup pada hari Ahad yer.

Market kat sini tak adalah besar mana.

Barang yang ada pun barang mandian, pencuci, makanan dalam tin dan jajan.

Semuanya barang siap pack dan sejuk beku.

Stationery pun payah nak jumpa.

Sayur, bawang, halia kena cari kat kedai tepi-tepi jalan atau China Gate.

Kunyit hidup pun aku tak jumpa lagi kat sini.

Kalau ikutkan, pergi kedai-kedai biasa jer lagi murah sebenarnya.

Contoh minyak masak, gula, lagi murah dari beli di supermarket ni.

Tak pandai berkomunikasi French pun, boleh jer jual beli.

Tunjuk harga dengan kalkulator.

Cuma, kena tahu harga di supermarket tu berapa.

 

 

 

 

Tagged : / / / / /