Resepi Biskut Ala Famous Amos Rangup Sukatan Cawan Tanpa Mixer, Eh Senangnya

Biskut famous amos lah pulak yer.

Rajin juga anak pakcik Johari ni. Eh, terpuji sendiri.

Laki pun ada puji..sejak duduk sini dah pandai masak. Eh puji sendiri lagi.

Biskut ala Famous Amos pakai sukatan cawan dan tanpa mixer.

Gaul manual kudrat tangan jer.

Tak bawa mixer ke sini, nak beli mahal sungguh harga.

So, carilah resepi yang pakai gaul-gaul dengan spatula…yang mudah.

Aku follow resepi kawan blogger AjuMohit…Thanks Aju.

2 hari sebelum raya, baru aku mula.

Sebab aku tahu buat cepat, cepatlah habisnya.

Confident level kemain tinggi..

Itupun, Ayra dan Abang Aqeel merayu-rayu nak merasa.

Demi anak, terpaksalah mengalah..nasib baik dengan adunan ni dapat juga 2 balang (1 balang besar dan 1 balang kecil)

Dah kata, sekali hadap…licin terus 1 balang.

Bahan-bahan untuk resepi Biskut Famous Amos ni, boleh dicari kat Afrika, so, apalagi..jom menguli.

resepi biskut ala famous amos

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk biskut ala famous amos:

  1. 6 Cawan Tepung Gandum
  2. 1 Cawan Tepung Jagung
  3. 2 1/2 Cawan Gula Merah
  4. 2 Biji Telur
  5. 500 gram Mentega
  6. 10 Sudu Minyak Masak
  7. 1 1/2 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
  8. 1 1/2 Sudu Kecil Baking Powder
  9. 1 1/2 Sudu Kecil Esen Vanilla
  10.  Chocolate Chips / Rice (Lebih banyak lagi sedap)

Cara-caranya:

Bahan A

  1. Satukan mentega dan gula perang. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul sebati.

cookies famous amos

Bahan B

  1. Satukan 6 Cawan Tepung Gandum, 1 Cawan Tepung Jagung, 1 1/2 Sudu Kecil Soda Bikarbonat, 1 1/2 Sudu Kecil Baking Powder. Ayak bersama dan gaul sebati.
  2. Masukkan 10 Sudu Minyak Masak. Gaul sebati.

Satukan Bahan A dan Bahan B, gaul sebati. Last, masukkan chocolate chips/rice. Gaul bagi chocolate chips/rice sama rata.

biskut chocolate rice

Aku punya Chocolate chips dah jadi chocolate rice :-). Entah pelik benar chocolate chips dari Cote d’Ivoire ni…sekali tuang ke bekas rupa serbuk..bukan seketul-seketul chocolate chips nya. Nasiblah ada beli juga chocolate rice.

Masukkan adunan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam.

Keluarkan dan bolehlah membentuk adunan ikut suka. Aku pakai sudu acuan.

adunan cookies

Bakar selama 20 minit dengan suhu 160 darjah api atas bawah. Aku ada tambah masa sikit lagi, bakar bahagian atas sahaja lebih kurang 5 minit.

Siap!!!.

Kenapalah tak rajin dari dulu lagi yer.

 

 

 

 

Tagged : / / /

Kuih Orang Kelantan Pulut Sekaya di Bumi Afrika

Hye, berpulut sekaya lah hari ini.

Tak berkedut bahagian sekaya, rasanya tetap sedap.

Dulu, nak makan just beli.

Now, terasa nak makan pandai-pandailah masak sendiri.

Godek resepi yang paling senang dan cepat.

Yang penting ada bahan-bahannya kat bumi Afrika ni.

Ada bahan yang dibeli, ada bahan yang memang sedia bawa, ada bahan ambil free.

bahan untuk pulut sekaya

Resepi pulut sekaya yang mudah dan cepat:

Bahan-bahan yang sangat mudah:

  1. 2 Cawan Pulut
  2. 9 Biji Telur
  3. 2 Kuntum Bunga Cengkih
  4. 4 Keping Gula Melaka / Nise
  5. 1 Kotak Santan
  6. Daun Pandan
  7. 1 Sudu Kecil Esen Vanilla (Tiada Dalam Gambar)
  8. Garam Secukup Rasa

Beras pulut, gula melaka, bunga cengkih memang sedia bawa. Daun pandan tiada jual pun kat sini, hanya ada kat opis. Orang sebelum ini tanam. Cuaca kat sini tak jauh beza dengan Malaysia. Santan kotak tu memang belilah, itu pasal tertera bahasa French. Kan nak cari sebijik sama kat Malaysia, takkan jumpalah. Kan ada yang tanya nak pakai santan jenama ni ke? Apa-apa jenis santan pun tak apa..pakai santan fresh lagi best sebenarnya..kalau kotak beter pilih Kara.

Telur ayam itupun beli. Sini telur ayam memang ada dan mudah nak dapat.

Cara-caranya:

Step 1

  • Cuci bersih beras pulut, rendam lebih kurang 1 jam.

Step 2

  • Sedikit air (2 cawan), gula melaka, bunga cengkih, 2 helai daun pandan. Panaskan dan masak sehingga larut.

Step 3

  • Selepas 1 jam beras direndam. Toskan dan letak dalam loyang. Masukkan santan yang diletakkan sedikit garam.

resepi pulut sekaya senang

Tak ada loyang, isi dalam mangkuk yang tahan panas pun boleh. Aku punya mangkuk kecil sebab loyang pun kecil.

Step 4

  • Kukus lebih kurang 30 – 40 minit. Nampak santan dah kering, pulut dah berlemak.

Step 5

  • Keluarkan dari pengukus, dan biarkan sejuk selama 1 jam.

Step 6

  • Pecahkan 9 biji telur. Lebih baik pecahkan telur berasingan, elak terkena telur busuk. Masukkan sedikit esen vanilla untuk kurangkan bau telur. Kacau dengan sebati.

adunan telur

Step 7

  • Tapiskan air larutan gula melaka dan bunga cengkih ke dalam adunan telur.

adunan air gula melaka

Step 8

  • Tapiskan adunan (step 7) dan curah pada atas pulut.

Step 9

  • Kukus selama 30 minit.

Step 10

  • Dah masak, keluarkan dan biarkan sejuk. Barulah dipotong.

Hasilnya, gambar di atas. Dengan bahan-bahan ini dapatlah aku share rezeki dengan jiran-jiran. Resepi pulut sekaya ni pun dari orang share kat facebook, aku tambah esen vanilla je.

 

 

 

Tagged : / /

My Eid Mubarak 2020 in Guinea, Bonne Fete Everyone

Eid Mubarak 2020

Termenung apa di pagi raya tu bang sayang.

Aeroplane tak melintas lah bang, airport kan tutup.

Berayalah kita tahun 2020 ni di Guinea.

Yang mana perancangan awal nak beraya di negara sendiri, tidak tercapai..

Apapun bersyukur dapat juga meraikan kegembiraan di pagi raya walaupun suasana berbeza jauh dari keluarga.

Tapi di zaman teknologi ini yang jauh pun boleh dihubungi. Dapatlah mengubati kerinduan pada semua.

Malaysia raya dalam PKP, Guinea raya duduk dalam rumah sendiri.

First time raya perantauan merentasi benua

First time raya tanpa kakak di sisi

Kakak beraya bertemankan tokma dan tokbah belah Mr Ery

Anak-anak lain tak lepas balik raya nak rentas negeri

Gara-gara PKPB

Eid Mubarak 2020 tercatit sejarah sendiri.

Baca: Perancangan Awal Balik Raya Tidak Menjadi

Juadah Raya 2020, Masak Sendiri, Habis Segala Skill

Juadah raya bernasi dagang bersama gulai ikan tongkol, bernasi impit berkuah kacang, sate, dan berendang ayam di pagi hari.

Semua masak sendiri…risau jadi Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.

Masak lebih untuk sendiri dan balas hidangan sesama kami.

eid mubarak in guinea

Kerja satu opis, stay satu kondo, sekadar salam yang boleh dibagi sambil hantar makanan untuk dinikmati kepada 3 rumah orang Malaysia yang kerja tetap di sini.

Tidak terlupa pada rakyat Malaysia yang terkandas dah berpuluh hari. Bila lah Kerajaan Guinea akan benarkan airport beroperasi. Sekarang pun dah bersambung sehingga Jun 2020.

rakyat malaysia terkandas

Suasana raya di Guinea seperti hari-hari biasa, tak tahu memang macam ini atau sebabnya Covid-19. Tak berani nak keluar rumah.

Tak dapat pulang beraya, sekadar ucapan sebagai pengganti diri.

Salam perantauan dan selamat hari raya Aidilfitri. Eid Mubarak à tous et toutes!!!

#stayathome #staysafe

Tagged : / / / / /

Rentas Negeri Balik Beraya Tidak Dibenarkan, Rentas Negara Mesti Dapatkan..

Rentas negeri tidak dibenarkan.

Rentas negara boleh kan…kan..kan..

Korang jangan jeles tau.

Bye..Bye..Guinea..Kita jumpa selepas raya yer.

oh…oh..balik kampung…oh…oh… balik kampung…hati girang..

Segala persiapan nak balik beraya semua setel.

Permohonan cuti rehat – (Selesai)

Flight ticket Conakry – Dubai – KL (Selesai)

Flight ticket Air Asia KL – KB (Selesai)

Kereta sewa untuk 2 hari (Selesai)

Berkat Studio 1 malam (Selesai)

Flight ticket balik ke Guinea (Selesai)

Syhhh, diam-diam tau..nak kasi surprise untuk family di Malaysia. Mereka tak tahu pun kami nak balik raya ni.

Nah, ini plan kami.

Selepas dapat tiket dari Guinea ke Malaysia. Sampai Malaysia, balik kampung nak balik dengan apa?

Pilihan 1 naik bas. Dari KLIA ambil grab ke TBS pada malam sampai atau awal pagi esoknya. Tapi tiket bas belum dibuka untuk jualan lagi masa tu. Lepas itu fikir, kalaunya jalan jem anak-anak pula nak terkucil terberak..dengan tak cukup tidur..dengan badan penat..dengan berubah waktu…fuhhh, masalah nanti.

Pilihan 2 naik keretapi ambil yang ada tempat tidur. So, kami bantai jer tidur dalam tu….sebab keretapi makan masa untuk sampai. Tapi khidmat keretapi tak ada dari KL Sentral ke Kelantan, kena naik di Gemas. Tak sempat nak kejar masa.

Pilihan 3 sewa kereta di airport. Siapa nak drive? Jalan confirm jem tu..time semua nak balik raya..dahlah jatuh hari minggu. Lepas itu kena hantar balik kereta sewa tu ke KL.

Pilihan 4 ambil flight. Hari-hari check harga MAS, Air Asia. Setiap masa ia berubah. Lastly, dapat juga grab Air Asia di awal pagi Sabtu.

air asia refund

 

Now, pergerakan kat kampung..macam mana? Nak suruh family ambil, memang tak jadilah surprise nya.

Kena juga sewa kereta. Yeah, dapat cari kereta sewa yang ambil di airport dan pulangkan balik di rumah. Hanya sewa untuk 2 hari sahaja.

rentas negeri

Dah sampai awal 1 hari sebelum raya, cari pula hotel untuk bermalam. Kasi tidur puas-puas..confirm jetlag kan. Asalnya nak sewa Orkid Studio kepunyaan kawan baik tapi dah penuh. Dapat Berkat Studio kawasan sama dengan kawan punya.

berkat studio KB

So, malam raya, kita cari baju raya.

Selepas solat raya terus bergerak. Sampai depan rumah terus bagi salam.

ASSALAMUALAIKUM!!!!, SURPRISE!!!!

Agak-agak apa yang akan terjadi?

Berbulan merancang, tapi dengan hanya satu virus (COVID-19) yang kita tidak nampak datang menyerang habis segala yang dirancang tidak kesampaian.

Apapun kami redha dengan ketentuanNYA.

balik raya  PKP rentas negeri

Cuti rehat ditunda.

Emirates – Diberi kemudahan open ticket dalam tempoh 24 bulan.

Air Asia – Mohon refund. Tapi akan dikredit ke akaun daftar Air Asia, bukan akaun bank. Take time lah ni.

rentas negeri semasa PKP

Kereta Sewa – Dapat tukar tarikh

Berkat Studio – Batal sahaja tanpa bayaran.

Rentas negeri tak boleh, apatah lagi nak rentas negara mahupun benua. Aku kat sini pun airport masih tutup..dah dilanjutkan sehingga Jun lagi.

Berayalah kami di Guinea ni.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tagged : / / / /

Mencari Rezeki di Guinea, Pembayaran Zakat Fitrah Tanpa Akad

Selesai tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk menunaikan zakat fitrah di bulan Ramadhan ini.

Tahun ini, sangat berbeza kerana mencari rezeki jauh di tempat orang, maka akan menunaikan pembayaran zakat fitrah di tempat orang. Syukur di sini majoriti rakyatnya pun beragama Islam.

Tahun-tahun sebelum ini pun akan memanggil iman di masjid berdekatan untuk datang ke pejabat bagi membuat pembayaran zakat fitrah. Di sini tiada pembayaran secara online sepertimana di Malaysia. Jadi, tetap kena panggil iman datang walaupun penularan COVID-19 di Guinea setiap hari meningkat, social distancing dijaga.

Tiada akad. Hanya bagi wang zakat fitrah yang dikira dengan harga beras di sini. Aku niatkan untuk pembayaran zakat ini bagi seluruh keluargaku.

Pembayaran Zakat di Malaysia

Untuk di Malaysia, tetap juga melaksanakan pembayaran zakat melalui online  sebab bulan ini Mr Ery ada terima pendapatan dari Malaysia.

Akibat penularan COVID-19 dan PKP di Malaysia, dinasihatkan lah bayar melalui online. Untuk keselamatan semua dan ianya lebih mudah dan rekod pun ada.

Pusat zakat setiap negeri pun mempunyai talian online untuk pembayaran zakat. Antaranya:

Kelantan : https://zakat.e-maik.my/

Kuala Lumpur : https://www.zakat.com.my/

Selangor: https://fpx.zakatselangor.com.my/

Negeri-negeri lain boleh search zakat online (negeri).

Semoga Allah murahkan rezeki kami dan rezeki kalian semua.

Segerakan Zakat Anda, Raih Pahala Berganda Yang Akan Berakhir

Tagged : / /

Sumbangan Makanan Asasi Kepada Rumah Anak Yatim Hafia 2, Conakry, Guinea

Tinggal beberapa hari lagi nak raya nya ni. Kalau di Malaysia, dah berkumandang lagu-lagu raya sekarang kan..kat sini, harapkan dengar dari youtube jer lah. Sesambil buat entri, sambil on lagu raya..now tengah dengar “warna warni di aidilfitri”. Tapi tahun ini tidak kira di Malaysia atau di luar akan menyambut dalam keadaan yang jauh berbeza. Masing-masing hanya beraya di rumah sendiri sahaja…tiada istilah ‘balik kampung beraya’.. akibat penularan COVID-19. Ada hikmah semuanya..sama-samalah kita berdoa agar cepat-cepat virus ini jumpa vaksinnya.

Tidak terkecuali di tempat aku mencari rezeki ini juga turut terkesan kerana COVID-19. Presiden Guinea pun telah mengisytiharkan darurat sehingga kini. Tapi darurat tidak sepenuhnya, kedai-kedai makan hanya boleh operasi sehingga jam 6.00 petang sahaja. Setiap bangunan pejabat dan super market perlu sediakan air basuhan tangan, check suhu badan, dan wajib memakai face mask.

Rumah Anak-Anak Yatim di Hafia 2

Bulan Ramadhan ini, berkesempatan untuk memberi sedikit sumbangan berupa makanan asasi bagi anak-anak yatim Hafia 2 dan berkenalan dengan penjaga anak-anak yatim ini memandangkan kami semua adalah team yang baru. Seramai lebih kurang 20 orang anak-anak yatim lelaki dan perempuan yang dijaga bermula umur 2 tahun.

Ada yang tertanya-tanya, apa agama mereka? Majoriti rakyat Guinea 85% adalah Islam.

orphanage house matam

Tak dapat bayangkan, macam mana mereka tidur dengan ruang yang kecil ini dengan rumah 2 pintu dibahagi sebelah lelaki dan perempuan. Aku diberitahu, jika musim hujan, tempat ini akan ditenggelami air… masa aku sampai pun, jalan berlecak dan sampah dari parit bertaburan.

Kerana anak-anak ini masih kecil, social distancing agak longgar. Apapun kami elak untuk bersalam dan berpelukan.. maafkan kami anak-anak kecil.. demi keselamatan semua.

rumah anak yatim

Alhamdulillah, syukurnya mereka atas bantuan makanan asasi ini. Tak  putus-putus ucapan terima kasih dan syukur dari mulut penjaga mereka. Penjaganya yang berbaju pink.

penjaga rumah anak-anak yatim

Mereka lebih tinggi dari aku? Semoga kalian berada dalam keadaan sihat dan dijauhi sebarang penyakit.

anak yatim hafia 2

InshaALLAH, bantuan ini akan berterusan dan kami akan singgah lagi yer.

Tagged : / /