Saya Mahu Makan Banyak!!! Korban Lembu di Guinea Murah

Korban Lembu di Guinea

Saya Mahu Makan Banyak!

Saya Mahu Makan Banyak!

Alhamdulillah, tertunai sudah korban lembu di Guinea.

Menyambut Hari Raya Aidiladha di Guinea untuk kali ke-2, dan tahun ini berkesempatan untuk mengambil bahagian korban seekor lembu.

Baca: Menyambut Hari Raya Aidiladha di Guinea Tahun Sebelumnya

Anggaran harga sekitar USD400 – USD700 seekor tengok pada saiz. Kambing dalam sekitar USD100 hingga USD200. Murahkan.

Berkongsi bahagian untuk korban dengan 2 pegawai di sini.

Kos untuk bawa lembu dari tempat penyembelihan lain.

Kos makan rumput lain.

Tapi masih lagi murah walaupun ada kos-kos lain yang akan dikira.

Memandangkan masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga akibat penularan COVID-19, hanya wakilkan Mr. Ery dan seorang pegawai sahaja.

korban lembu di guinea murah

Aku dan anak-anak duduk rumah. Lagipun, blok depan pun ada penyembelihan 2 ekor lembu dan 1 ekor kambing. Boleh nampak dari tingkat atas.

Kuatnya orang kat sini, hanya 2 orang sahaja dah boleh terbaringkan lembu.

Tapi aku punya, sampai 4 orang diperlukan. Boleh bayangkanlah besar mana lembu kat sini…Tengok tanduk pun dah gerun.

Lembu-lembu di sini ada dua jenis satu tempatan dan satu lagi dari Mali. Bezanya adalah saiz lembu itu sendiri.

Diaorang sembelih hanya pakai pisau dapur jer…fuhh, mahunya pisau sangat tajam.

Dari penyembelihan lembu, banyak daging dapat dan diagih-agihkan kepada rakan-rakan sekerja dan mereka yang kurang bermampuan.

Sedutan video suasana raya Aidiladha di Guinea ni..Tengok-tengok juga, SUBSCRIBE tu jangan lupa yer. Hehehe.

Terasa macam annoying pula tengok video sendiri. Maaf yer, jika ada sebarang kekurangan video di atas. Masih bertatih untuk bervlog.

Malamya, jamu shellout di rumah bos.

shellout guinea

Mengancam.

Makanan laut mudah nak dapat..

Tidur kekenyangan…Alhamdulillah.

Tagged : /

Hitung Hari Bilakah Airport Dibuka Setahun Sudah Tak Jumpa Keluarga

Setahun di luar negara, tanggal 21.06.2020 – Genap setahun aku di Conakry, Republic of Guinea..Afrika. Rindu sangat pada keluarga di Malaysia. Tapi apakan daya, hanya boleh lepaskan rindu melalui panggilan video call sahaja.

Hitung hari bilakah airport dibuka dan kembali beroperasi.

Sejak Covid-19 melanda di Guinea, darurat dipanjangkan lagi sehingga 15 Julai namun pergerakan tidaklah terbatas.

Menunggu dengan sabar.

1 tahun tak balik Malaysia.

1 tahun tak jumpa anak.

1 tahun tak jumpa family.

1 tahun tak jumpa sedara mara.

1 tahun tak makan kedai mamak.

1 tahun tak shopping shopee.

1 tahun tak shopping lazada.

1 tahun tak makan Mekdi.

1 tahun tak makan KFC.

Eh, banyak lah benda yang aku nak.

setahun di luar negara
 

Setahun Berlalu..Berita Kematian Menjelma

Berita yang paling aku takut nak hadap bila berjauhan..berita kematian.

Selama  setahun di luar negara, mendapat perkhabaran duka saudara mara, kenalan telah kembali kerahmatullah.

‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
 

Alfatihah (DIBACA) kepada:

1. Aida Abd Ghani – Sahabat satu kelas.

2. Wan Mohd Zil Wan Salleh – Suami kepada sepupu

3. Nor Azma Abu Bakar (Kak Jaa) – Kawan baik adik.

‎ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
“”Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu”
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan ampuni dia.”.. aamiin.
 

Abah pun tak sihat. Baru keluar hospital kerana darah tinggi.

Effect dari darah tinggi, mata sebelah kanan dah tak nampak.

Ya ALLAH, KAU PANJANGKAN UMUR ABAHKU JOHARI MAT

Beza susut badan abah semasa hari hantar aku dengan sekarang.

 

Keadaan seperti inilah yang harus aku hadapi bila berjauhan dengan keluarga.

Moga cepat-cepat airport dibuka dan dapatlah aku balik untuk bertemu mata.

Tiket di tangan sudah ada…tapi apakan daya semuanya tergendala.

Moga ada perkhabaran baik yang bakal diumumkan nanti.

 

Tagged : /

The Best Coffee and Bakery in Conakry – Epi D’or

Lama sungguhlah tak pergi  ke Epi Dor Cafe ni..sejak bulan Mac..sejak penularan COVID-19.

Sini paling sedap roti croissant dan coffee.

Yang jenis gian dengan coffee sturbuck, kira boleh diubati dengan coffee kat sinilah…kan..kan..kan…aku tuju kat seorang yang hantu coffee sturbuck.

Lepas setel urusan penghantaran rakyat Malaysia di airport, bos offer belanja makan di Epi Dor.. wah, terima kasih bos.

COVID-19, restoran-restoran masih beroperasi seperti biasa cuma dipendekkan waktu operasi saja. Macam biasa, sebelum masuk kena cuci tangan atau sapu hand sanitizer…topeng muka wajib dipakai.

Tapi time nak makan tu, bukalah.

epi dor conakry

Nampak tali putih melintang depan rak cermin tu..Itulah social distancing antara seller dan customer.

Baca: Lain Tempat Makan Yang Ada di Conakry

Memang aku akan pilih menu yang sama…roti croissant dan coffee. Kena dengan selera tekak..

delicious croissant in epi dor

Selesai makan kat situ, tapau lagi bawa balik buat minum petang. Walau pun roti dah sejuk, still lembutlah. Harga croissant kosong 15,000gnf sebiji..yang ada coklat 18,000gnf.

pizza menu

Pizza ni menu bos. Tapi paling dia suka order pastri..katanya sedap. Tiap kali datang, mesti dia beli..tak datang pun, dia kirim dengan local staff yang kebetulan pergi ke bandar.

Mungkin kena dengan selera dia..Aku tak pernah lagi cuba.

epi dor the best bakery shop

Hilang kepenatan dan lenguh kaki sebab lama berdiri kat airport tadi. Alhamdulillah proses penghantaran berjalan lancar dan berjaya.

So, next episode…..

 

 

 

 

Tagged : / /

Proses Penghantaran Pulang Rakyat Malaysia Yang Terkandas di Guinea, Pengalaman Pertama Untuk Aku

Dapat join sekali misi penghantaran pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Guinea. Ini pengalaman berharga untuk aku. Dan ini pengalaman pertama dan mungkin tiada lagi untuk pengalaman seperti ini.

5 rakyat Malaysia terkandas sejak bulan Mac 2020 susulan penutupan lapangan terbang Conakry, Guinea akhirnya berjaya dibawa pulang dengan penerbangan khas dari Kerajaan British.

Hasil perhubungan baik antara Kedutaan Malaysia dan Kedutaan British di Conakry berjaya menempatkan mereka dalam penerbangan ini.

repatriation of Malaysians back home 3

Mereka akan diterbangkan dari Conakry – London – Doha – Kuala Lumpur.

penghantaran pulang rakyat Malaysia

Jam baru 6.30 pagi, tapi dah terang benderang. Pintu masuk ke airport masih belum dibuka.

Social distancing tetap dijaga.

health screening

Setiap penumpang akan diberi borang putih yang perlu diisi dan diberikan kepada pegawai kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan.

Kami juga turut diperiksa suhu badan.

majlis repatrasi rakyat Malaysia

Penerbangan dijadualkan pada jam 10.00 pagi. Jam 8.00 pagi sudah mula ramai orang. Terdapat 2 penerbangan khas pada hari ini, dari Kerajaan British dan Amerika Syarikat.

Baca: Mereka Terkandas dan Menyambut Raya Bersama di Guinea

Semoga mereka selamat sampai ke tanahair. Dijangkakan akan selamat tiba di Kuala Lumpur pada 4 Jun 2020.

airport conakry

Menjaga rakyat Malaysia di luar negara merupakan tanggungjawab kami yang kerja di kedutaan.

Kami sebagai pemudah cara dalam proses permohonan dan penghantaran. Segala bentuk bayaran adalah pembiayaan sendiri/syarikat.

Video di bawah ini adalah inisiatif aku sendiri untuk aku buat.

 

 

Alhamdulillah, mereka telah selamat tiba di Malaysia pada petang 4 Jun 2020 dan kini menjalani kuarantin selama 14 hari.

 

 

 

Tagged : / /

Di Saluran Youtube Channel Mr&Mrs Camara, Perkahwinan Campur Guinea-Malaysia

Eh siapa gerangan pada minit ke 2.16 tu?

Macam kenal?

Macam tak kenal?

Eh, tak kenal apa…memang kenal sangatlah.

Okeylah kita tumpang glamour sikit kat youtube channel Mr& Mrs Camara.

Sedikit sedutan dari youtube channel Mr&Mrs Camara.

Siapa dia?

Yang viral perkahwinan campur Guinea-Malaysia.

Tapi ramai yang menganggap Mr Camara ni orang Negro..sebab kulit gelap.

Memang anggapan kita, yang berkulit gelap terus dicop negro..

Afrika ni besarlah..dan memang mereka semua berkulit gelap.

So, Mr Camara not Negro…dia Guinean People and he is a muslim..Yang memang penduduk sini majoritinya beragama Islam.

Aku pernah share mereka datang ke Guinea, dan aku jemput datang ke rumah.

Boleh baca kat SINI.

So, dalam video ni mereka share pengalaman mereka berada di Guinea. Lebih-lebih lagi kali pertama bagi Fila untuk jumpa keluarga mertua.

Dari tempat aku ni balik ke kampung halaman suaminya pun makan masa 25 jam. Bayangkanlah.

Tiada laluan udara..hanya laluan darat sahaja.

Tapi itulah pengalaman yang berharga kan.

Dari aku tak kenal, sekarang dah boleh kawan. Alhamdulillah.

Walaupun dah dikenali di media sosial, mereka tidak pernah sombong.

Dah jadi tauke perabot dah mereka berdua ni.

Seronok tau bila tahu ada orang Malaysia datang sini walaupun ala tak kenal pun dia.

Tapi, kita rasa macam nak tahu siapa yang datang..bolehlah kenal. Hah, gituu.

Macam di sini, tak ramai pun orang Malaysia yang datang melainkan urusan kerja jangka pendek.

Salah satu bidang tugas di kedutaan, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di luar negara perlu dilindungi dengan baik jika mengalami sebarang kesulitan berada di negara orang.

Sebab itu, seeloknya datang ke luar negara berdaftarlah dengan Kedutaan yang berdekatan.

Tak kira berapa lama pun akan berada di satu tempat itu.

Tagged : /

Kek Milo Moist Meleleh Sukatan Cawan No Mixer No Oven

Kek milo pulak dah. Mentang-mentang tengah viral kek milo 3 bahan kan.

Aku tak buat pun kek milo 3 bahan milo, susu dan telur tu.

Aku buat yang lain, tapi bahan-bahan lebih kurang sama hanya tambah sedikit bahan lain.

Yang ni lagi moist giler… sedap sungguh.

Tak pakai oven, tak pakai mixer, sukat pun pakai cawan.

Mudah sangatlah.

Bahan-Bahannya:

  • 1 cawan milo
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 biji telur (gred B)
  • 3/4 cawan susu full cream/susu sejat
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanilla

Step 1

Satukan 1 cawan milo, 1 cawan tepung gandum, 1 sudu teh soda bikarbonat, 1 sudu teh baking powder. Ayak bersama dan gaul bagi rata.

Step 2

Masukkan 3/4 cawan gula perang, 2 biji telur, 3/4 cawan susu full cream/susu sejat, 1/4 cawan minyak masak dan 1 sudu teh esen vanilla dalam mangkuk yang sama (step 1). Kacau sehingga likat dan tiada ketulan. 

Uli kek tak penat seperti uli biskut ala Famous Amous.

Step 3

Curah adunan ke dalam bekas/mangkuk yang tahan panas. Kalau ada baking paper letaklah…Kalau tak ada sapu sedikit mentega sekeliling bekas/mangkuk.

Step 4

Tutup bahagian atas bekas/mangkuk adunan kek. Aku pakai aluminium paper jer.

Step 5

Masukkan dalam pengukus selama 50-60 minit. Cucuk dengan lidi kek. Kalau tak lekat pada lidi, tandanya kek dah masak.

Milo Granache (atas kek)

  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan milo
  • 3 sudu besar mentega
  • 1/3 cawan susu full cream/susu sejat

Aku gantikan milo dengan serbuk chocolate. Milo kat sini mahal..1 tin kecl pun dah USD5.

kek milo moist

Step 1

Masukkan 1 cawan susu pekat manis, 1 cawan milo dan 3 sudu besar mentega.  ke dalam kuali dan panaskan dengan api perlahan. Kacau sehingga mentega dah cair.

Step 2

Masukkan 1/3 cawan susu full cream/susu sejat dan masak sehingga sedikit menggelegak dan likat. Tutup api.

Step 3

Curah milo granache di atas kek. Hiasan : Tabur chocolate rice/chips.

Siap untuk dimakan.

Inilah resepi kek paling cepat dan senang nak buat.

Haih, kenapalah awal-awal lagi tak try buat..

Tagged : / /