Sampai juga aku di Legoland, tapi setakat pintu depan jer. tunggulah kumpul duit lebih, bawa anak-anak sekali. Kalau aku masuk sorang-sorang pun tak best juga. Kat depan pintu tak ada apa yang menariklah selain ada kaunter tiket dan tepinya hotel. Ada juga kedai-kedai makan, jam, dan kedai runcit.
Port Week
Inipun pergi sebab join orang-orang pelabuhan sempena port week.Beginilah kerja aku, kena outstation memanjang. Bulan lepas di Johor, bulan ini di Kuala Terengganu dan bulan depan tempat lain. Penat memang penat, tapi masa inilah nak kenal tempat orangkan.
Sambil kenal negeri orang, sambil tambah kenalan. Aku punya wakil empat orang saja. Yang lain semuanya dari pelabuhan. Semua sporting belaka. Orang Johor memang bestlah. Sebab pergi atas urusan kerja, tak sempat nak pergi ronda-ronda pun. walhal aku pun pernah kerja di Hospital Sultanah Aminah selama 6 bulan. masa tu masih anak dara. dah lama sangat.
Nak sambung kerja untuk siapkan projek ke Kuala Terengganu pula lepas ini.
best jugak kan sambil kerja sambil travel gitu 🙂
tiha recently posted…Jalan-jalan ke Kelantan
Ehem… Johor memanglah best apatah lagi orang Johor. Oppss… tersasul lebih-lebih pulak memuji diri sendiri ^_^
Bagus jugalah selalu keluar out of town. Dapat jalan-jalan sekali. Kalau kerja dok terperuk di pejabat memang bernanah rasanya punggung. Melekat kat kerusi je. Tak bestlah!
Mummydearie recently posted…Kisah hidup kami suami isteri (tanpa gambar ^_^)
teringin nak main lego.
waa…
titan recently posted…Macam BIASA.
harap je sekangkang kera dari rumah tapi la ni tak pegi pegi. haha
akak vitamin recently posted…SET SENDI TULANG SHAKLEE – terbaik buat ibu ayah
Syok kalau kerja yang boleh banyak berjalan ni. Kalau nak gi sendiri memang tak kerap sgt le dpt pergi kan. Cuma srg Ema pregnant mungkin penat sikit la nak selalu otstesen ye dak. Jaga diri baik2 ye dik.
memang best kalau dpt masuk Legoland…tp anak2 saya masih kecil lg…tunggu diaorang besar skit…hehe
NOREHAN SAAD recently posted…RESEPI MEALSHAKES YANG SEDAP
bestnya kerja dapat outstation. masa saya kerja dulu, kerjanya terperap dalam office je
siti travelog recently posted…#4 Cappadocia | Kaymakli Underground City – Ibarat bangunan 8 tingkat bawah tanah
Samalah saya hari tu. anak x cukup tinggi nak masuk. macm x berbaloi dengan harga yang mahal.. tunggu la anak besar sikit
Memang best masuk legoland dengan anak-anak.masa pergi hari tu amik pakej theme Park. Tak amik pun water Park. Tu pun rasa tak cukup sehari. Ada tips tau nk harga murah.
emalinmohd recently posted…Bahaya Ubat. Apa Pilihan Kita?
ramai dah pi legoland. den je belum lagi
Uncle Zuan recently posted…Dream Trip to Macau
wau LEGOLAND heheh bestnyr kalau dapat p situ…
hafizi recently posted…Percutian Untuk Kanak-Kanak Tadika
nanti boleh masuk dengan anak2 pulak. InsyaALlah
Raihanah Ahmad recently posted…Tips Anak Pintar Cerdas
Okla depan pintu pun, dapat gak posing tanda sampai..hehee 🙂
Next boleh bawa anak2 bersama 😀
Myra Jay recently posted…Almari Rak Baru aka DIVIDER
Tiap kali baca entry pasal Legoland, mesti rasa menyesal turun Johor tak pergi Legolang. Yang kak Ema pulak kenapa sampai pintu jerr? Haha tak menyesal kee
Nadratul Syazwana recently posted…Mask Shiseido Dan Cenderahati dari Blogger Huda
Mula2 dpn pintu je. Lps tu br msk. Hehe…
sal ya recently posted…Telekung lycra tidak sah solat.
samalah dengan saya…sampai depan pagar je…hihi…jadila wat amik gambar
Huhu…bawak anak2 la best sikit…
Hafizul recently posted…Mamat Dan Ayatnya “Saya Tak Pandai”