Demam berlarutan

Klinik Kesihatan

Hari ini masuk hari ketiga kakak azwa demam dan sudah tiga hari kakak azwa tak pergi sekolah.terasa ruginya bila dia dah ketinggalan beberapa subjek untuk tiga hari ini.
Pagi Isnin bawa kakak azwa ke klinik Kesihatan Sungai Besi untuk pemeriksaan bila malam tadi badannya terasa panas. Bila diperiksa, suhu badan 38 C. Terus dibawa ke bilik rawatan. Dalam bilik rawatan, nurse tanya,
Nurse : Anak akak ini suhu tinggi sangat, sebelum ke mari anak dimandikan tak?
Ema : Belum mandi lagi, saya terus bawa ke sini.
Nurse : Patutlah panas sangat anak akak sebab tak mandi lagi..sepatutnya sebelum datang mandikan dulu..biasanya belum mandi memang suhu badan panas…
Ema : ohhhh…(dalam hati)…sambil senyum kelat.
Nurse : Ubat dah bagi ke belum?
Ema : Belum.
Nurse : Dia boleh makan ubat biji tak?
Ema : Boleh
Nurse bagi ubat paracetamol satu biji untuk kakak makan.
Nurse : Akak bawa anak ke tandas dan basahkan kepala dan badan..lepas itu datang balik ke sini.
Ema : Ok.
Terus ke tandas dan buat apa yang diminta nurse.. Masuk ke bilik rawatan sekali lagi.
Nurse : Dah basahkan anak?
Ema : Sudah.
Nurse : Adik, buka mulut dan tutup mulut (tengah masukkan termometer)
Ema perhatikan anak dan nurse berborak dengan nurse sorang lagi…Selang beberapa minit, nurse ambil termometer.
Nurse : Akak tadi tak goncang dulu ke termometer ni…(nurse bertanya dengan nurse seorang lagi)..

N2 : Kenapa?

N3 : Tak jadi…tak naik bacaan…saya ambil termometer yang satu lagi kat luar.
Nurse keluar pergi ambil termometer satu lagi..termometer elektronik…dan nurse yang sorang lagi tengah goncangkan termometer yang tak jadi tu.
Nurse : Buka mulut dik, akak lidah…kemam.
Pastu bila termometer dah berbunyi…nurse ambil dan check.
Nurse : Tinggiiii…39.6C…kak, tadi kat luar dia check suhu pakai tembak kat dahi ke?
Ema : a’ah…
Nurse 2 : Selalu tembak kat dahi, lebih rendah sikit dari letak dalam mulut.
Nurse : Akak, tunggu kat luar dulu yer..
Lepas itu, ema dan anak keluar dan tunggu dipanggil sekali lagi.. tak lama nombor dipanggil dan jumpa pegawai perubatan.
Pegawai Perubatan : Kenapa?
Ema : Demam
Pegawai Perubatan : Dah berapa hari?
Ema : Baru malam tadi
Pegawai Perubatan : Dah bagi ubat?
Ema : Tadi nurse kat dalam bagi ubat paracetamol sebiji.
Pegawai Perubatan :  Sebiji?
Nurse : Sepatutnya separuh…tak baca arahan ke?
Ema cuma diam sahaja.

Suhu Tinggi

Bila suhu tinggi, pegawai perubatan minta diambil darah kakak azwa..sekali lagi keluar bawa kakak azwa ke bilik ambil darah…hanya kakak azwa yang masuk..dan kebetulan masa kakak azwa duduk nak ambil darah…telefon berbunyi terus ema tunggu di luar… kakak azwa sungguh berani…sangat bersahaja bila nurse ambilkan darahnya.
Bila darah dah diambil, darah kakak azwa perlu dibawa ke Klinik Kesihatan Cheras untuk diuji. so, kena bawa sendiri darah ke sana untuk dapatkan result segera.
Tak lama di Klinik Kesihatan Cheras, dapat result darahnya yang mana sepatah apa ema tak faham.

Demam

Sekali lagi, pergi ke Klinik Kesihatan Sungai Besi untuk hantarkan result darah kepada pegawai perubatan. Alhamdulillah, semuanya ok… dan pegawai perubatan hanya berikan ubat paracetamol sahaja dan dimakan bila perlu…serta diberi cuti sakit selama 2 hari.
Bila kakak azwa makan ubat, badannya okey tapi bila dah lama atau mungkin kesan ubat dah hilang badannya kembali panas..
Dan malam tadi, suhu badan kakak azwa panas lagi… menggigil masa tidur…ema berikan ubat paracetamol separuh lagi… tapi rasa macam tak sedap hati…ema bawa kakak azwa ke PPUM.
Masa diperiksa, demamnya tak berapa panas mungkin kesan ubat yang ema bagi sebelum pergi PPUM.. Doktor periksa keseluruhan badan samaada kakak azwa ada sakit sendi-sendi atau tidak, periksa telinga, periksa perut, periksa mulut dan periksa paru-paru.
Tiada apa-apa masalah serius cuma tekaknya merah. doktor bekalkan ubat antibiotik dan diberi mc satu hari dan kemungkinan dah boleh pergi sekolah.
Tapi, pagi tadi badannya masih panas.. ema tak bagi dia ke sekolah lagi…
Petang tadi call..badan panas lagi….
Moga kakak azwa cepat-cepat sembuh dari demam….

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

About Author

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE