Day Trip to Pulau Kapas, Kuala Terengganu.

Banyak pulau yang menarik di Terengganu untuk pergi bercuti. Antaranya Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Lang Tengah, Pulau Bidong.

Aku walaupun no di tengah kad pengenalan kelahiran Terengganu, pulau yang dah pergi hanya Pulau Perhentian sahaja. Lemah kan..Eh.

Okeylah, tak lama lagi Malaysia akan buka border dan pelancong akan mula masuk ke negara kita. Ini akan menjadi sumber pendapatan kepada rakyat dan negara.

Masa balik bercuti tahun lepas, belanja my family bercuti ke Pulau Kapas..Day Trip sahaja. Rancangnya nak ke tempat lain..tapi semua full. Bila dah cuti terhad, banyak urusan yang dah dirancang.

Harga pakej pun murah..RM49 satu kepala. Budak bawah 4 tahun percuma. Siap ada aktiviti snorkeling lagi.

Sebab bergerak dari Kelantan, so awal-awal pagilah gerak…tapi biasalah bila dah ramai..tak awal pagi sangat. Risau juga masa itu musim hujan..Alhamdulillah rezeki kami sampai di sana, cuaca sangat baik.

Nak singgah makan pagi di Nasi Dagang Atas Tol, tapi orang ramai sangat. Tak jadi singgah..teruskan perjalanan tak mahu rugi masa.

Kena Surprise

Ini kerja adik no.2 (CikNgah), buat surprise birthday kat kakak dia ni lah. Kebetulan tarikh selang 1 hari dari hari lahir.

Kesian budak delivery yang kena tunggu berjam-jam kat sana. Terima kasih Angah..Love you.

Sebelum naik boat, kena tulis nama, umur dan no. telefon kat pondok yang dijaga. MySejahtera pun mereka check tau.. Takut juga sebab lama tak naik boat ni.. kami seramai 13 orang dan ada satu keluarga lain dalam boat yang sama.

Kenaling (berdebar) juga rasa… masa boat tempuh ombak…terangkatlah bontot… basah pun satu hal…dah namanya pergi ke pulau kan.

Dari jeti ke pulau hanya 10-15 minit sahaja.

Terus jamu nasi lemak yang dibawa..Masing-masing dah kelaparan. Elok cuaca time ni, lepas ni semua pakat lari…hehehe. Lari cari tempat berteduh…bila matahari dah naik…kawasan ni panas…kek pun cair.

Anak-anak memang suka bawa ke sini. Tak kira panas, tak kira matahari atas kepala..yang anak-anak tahu mereka mandi sampai lupa nak naik ke darat. Kulit masing-masing tak payah nak cakaplah…sunburn terus.

Puas hati Ayra mandi, sampai kulit menggelupas teruk…tak sapu sunblock.

Mr Ery lah yang layan anak-anak mandi. Kaum wanita tengok dari jauh jer…Aku kalau air laut ni kurang sikitlah.

Pulau Kapas ni cantik juga..pandai pun bersih.

Chalet pun ada kat sini. Tapi tak pasti harga berapa.

Trip kami siap ada aktiviti snorkeling juga. Dalam boat, geng kami lah paling bising sekali.

Tak percaya yang Ayra seberani macam ni sekali… join turun ke laut. Si Abang tak payah cakaplah, memang hantu main air.

Keluarga akan sentiasa berada dekat dengan kita sehingga kita berjaya bergerak atau jatuh, kerana mereka sentiasa menyayangi kita dengan apa yang adanya.

About emarieys

Ema has written 1334 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published.