Datang Kluang Wajib Makan Roti Bakar Rare Stesen Keretapi

Okey, hari ini aku cuti. Tapi aku siapkan satu post untuk hari ini. Barulah nampak update aku punya blog kan. Ini tidak, minggu lepas cuti, dengan blog pun cuti. Lepas tu mulalah fikir mana nak dapat income nya kalau malas nak update. Dah lama aku tak balik Kluang, Johor. Ada dalam 3 tahun jugalah tak balik. Ada siapa di sana? Adik beradik abah semua tinggal di Kluang kecuali abah seorang di Kelantan. Di Kluang pun hanya tinggal dua beradik dari 4 adik beradik abah seibu seayah. Seorang makcik dah lama meninggal.

 

Berita Pakcik Meninggal Punca Datang Kluang

Awal pagi tu, aku terima mesej dari angah mengatakan pakcik yang aku panggil poksu telah meninggal. Terkejut semua. Terus abah dan adik-adik aku pergi cari tiket untuk ke Kluang. Asalnya, aku suruh cari tiket petang ke KL. Dari KL naik kereta pergi ke Kluang. Tapi tak sempat nak kejar jadual waktu bas. Akhirnya, bertolak malam hari dengan keretapi. Dan aku gerak dari KL dengan kereta.

Pakcik belum meninggal cuma tak sedar diri. Berita yang sahih dari sepupu aku. Punya kelam kabut makcik aku call abah sampai tersalah khabarkan berita. Walaupun masa itu, tiket tak beli lagi…tetap juga pergi. Selagi pakcik aku masih ada, sebaiknya pergi menzirah. Pakcik kena serangan stroke dan ditahan di wad Hospital Kluang. Alhamdulillah, sedar.

Aku dari KL memang tak jauhlah, dalam 4 jam dah sampai. Gerak malam dari rumah, sampai Kluang jam 2.00 pagi. Rumah yang jadi sasaran bila keluarga aku pergi ke Kluang, mesti akan pergi rumah makcik aku yang dipanggil moknik. Garang-garang dia pun, rumah dia yang jadi pilihan untuk berkumpul. Rumah kos rendah di tengah-tengah bandar Kluang.

 

Makan Roti Bakar Rare Stesen Keretapi

Adik-adik dan abah gerak dengan keretapi sampai Kluang esoknya jam 10.00 pagi. Memang makan masa lama naik keretapi, yang penting selesa sebab diaorang pilih tempat tidur. Harga tiket keretapi lebih murah dari tiket bas. Alang-alang nak pergi ambil mereka yang baru sampai, terus bersarapan roti bakar rare di stesen keretapi ni. Memang femes kan kedai dia. Ala, di KL pun ada yang nama Kluang Station tu. Di Kluang pun banyak cawangan. Tak cukup makan satu, siap ditapau lagi bawa balik rumah makcik. Yang aku peliknya, walaupun ada cawangan di KL, tetap ada kawan Mr.Ery order serbuk kopi Kluang Station. Lain harga ke? Lain rasa ke? Tak pula aku beli. Hehehehe.

 

Orang tengah yang belanja tiket

 

Geng selfie yang muka tak mandi lagi.

 

Sedap

 

Tak cukup makan satu.

 

Dengan perkhabaran berita mengejut, dapat aku berkumpul dengan keluarga di sana. Kalau tidak, entah bila akan pergi. Tak lama pun bermalam, lepas maghrib terus balik. Tak sempat nak merasa masakan sepupu aku. Nak jumpa sepupu lain pun tak sempat. Benda bukan plan, terjadi sebab ada asbabnya.

Ini baru suku dari keluarga. Adik-adik lelaki memang tinggal dengan makcik di Kluang. Bekerja. Dah pandai cari duit sendiri, dah cerdik pun aku tengok dari duduk di rumah dulu. Baju putih sebelah abah, sepupu. Baju coklat yang duduk bawah pakcik aku sebaya umur…lain mak dengan abah. Aku nak bersalam pun macam kekok…hehehehe…padahal pangkat bapa saudara tu.

 

 

Angah bersama isteri sepupu aku yang paling baik. yang paling pemurah. suka belanja. Sekali aku balik, memang tak sah tak ada makanan yang dia belikan untuk dijamu. Awal pagi dah sampai lauk-lauk yang dia belikan untuk aku sekeluarga makan.

 

 

Alhamdulillah, sihat pakcik aku yang dikhabarkan telah pergi tu. Menziarah di hospital tanya kenal ke tak..jawabnya kenal. Semoga poksu berada di dalam keadaan sihat sentiasa. InshaALLAH. Amiin.

 

About emarieys

Ema has written 1144 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
2 Shares

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

10 thoughts on “Datang Kluang Wajib Makan Roti Bakar Rare Stesen Keretapi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE