Darjah Dua Masuk Sekolah KAFA Darjah Lima UPKK, Ini Keputusan Yang Diperolehi Kakak Azwa

 

Keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) untuk tahun 2017 telah keluar. Seramai 54,824 calon berjaya memperoleh keputusan 8A dalam UPKK 2017. Tahniah anak-anak. Kakak Azwa ada bagitahu soalan susah gara-gara kehilangan soalan peperiksaan sebelum itu. Telah dimaklumkan oleh ustazah melalui whatsapp group tiada majlis keraian. Anak-anak akan terima slip keputusan di kelas masing-masing.

 

Semakan Keputusan UPKK

Awalnya, memang tak tahu keputusan boleh semak melalui online atau sms. Aku ingatkan hanya sekolah kebangsaan sahaja yang boleh online. Bila terbaca mesej dari seorang parent dah boleh semak keputusan UPKK  anak. Aku cepat-cepat buka laman website http://simpeni.islam.gov.my dengan mengisi nombor kad pengenalan anak. Laman web sangat sibuk, dua tiga kali perlu refresh dan tertera dengan keputusannya 8A.

Syukur Alhamdulillah.. memang tak disangka. Terus whatsapp result kat Mr.Ery tapi dia pula tidak online. Telefon pun tak berjawab. Mesti atas motor balik ambil anak. Sekali lagi call, Mr. Ery angkat. Baru sampai depan pintu rumah katanya. Aku cakap check whatsapp segera, ada cerita pasal kakak. Kasi suspen.

Cara semakan melalui sms dengan menaip UPKK <jarak>NoMYKID & sms ke 1588.

Kakak Azwa mula masuk sekolah KAFA masa darjah dua. Atas sebab kecuaian aku sendiri, kakak Azwa terlewat daftar untuk darjah satu. Sekiranya ada kekosongan, akan dipanggil. Sampailah setahun menunggu tak ada panggilan. Bila dah masuk darjah dua, sekali lagi pergi ke sekolah untuk dapatkan tempat. Tetap sama jawapan minta tunggu. Aku tak mahu membazir masa seperti sebelum ini, aku buat surat rayuan.  Akhirnya, diterima.

Mula belajar sekolah KAFA dari darjah dua. Perkembangan kakak Azwa cepat. Guru kelas ada bertanya sebelum ini belajar di sekolah mana? Tidak belajar mana-mana sekolah agama selain sekolah kebangsaan sahaja. Tiada kelas tambahan. Malah, aku sendiri tak reti bahasa Arab pun.

Masuk darjah tiga sampai sekarang, Alhamdulillah selalu berada di kelas atas. Aku tak nampak usaha kakak Azwa di rumah. Mungkin kakak Azwa berusaha semasa di sekolah. Pencapaian kakak Azwa dalam UPKK ini, buat aku rasa terharu sangat. Ustaz KAFA sendiri pun tidak percaya dengan pencapaian kakak Azwa peroleh 8A.

 

Hadiah Sebagai Pembakar Semangat

Semalam, sempat aku singgah kedai gift carikan hadiah dan sorok di bawah seat kereta. Terus pergi sekolah, tunggu kakak Azwa balik. Mr.Ery pun dah tunggu. Buat reaksi kononnya aku tidak tahu lagi keputusan yang dia peroleh. Rakaman reaksi kakak Azwa semasa tayang result dia ada di sini.

Tidak pernah aku hadiahkan sesuatu benda untuk kakak Azwa melainkan belanja makan jika kakak Azwa cemerlang. Kali ini, atas kecemerlangannya, aku bagi satu bentuk hadiah sebagai pembakar semangat untuk PPSR dan UPSRA tahun ini. Semoga kakak Azwa terus cemerlang untuk peperiksaan yang akan datang.

 

 

Oleh kerana hari itu adalah hari kejayaan kakak Azwa, maka kakak Azwa yang pilih nak pergi makan malam di mana. Restoran A&W menjadi pilihan dan di sinilah, aku surprise kan kakak Azwa. Happy kakak Azwa tapi tidak pada abang Aqeel. Perasaan cemburu abang Aqeel itu ada. Menangis dia. Tapi dah aku dan Mr. Ery terangkan sebab kenapa kakak dapat. Abang Aqeel pun kena usaha dan berjaya macam kakak Azwa. Ubat kepada perasaan cemburu abang Aqeel, Mr. Ery belikan sebuah buku komik. Terus tak merajuk lagi…abang..abang.

Good luck anak-anak. Mama dan ayah sayang kamu semua (:-

 

 

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

About Author

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

(2) Comments

  1. Wah bijaknya.Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.Teruskan usaha ye dalam mencapai kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE