Loading...
Azwa

anak jaga mama yang cuti tiba-tiba…

punyalah excited nak dengar taklimat SBPA kat Wisma Putra semalam
tapi langsung tak dapat pergi
itulahkan..kita dah rancang..Tuhan yang tentukan.entah apa sebab musababnya
malam sebelum tu, tak boleh nak tidur langsung
perut sakit yang amat peritnya
tapi tak pula cirit birit

pagi-pagi terus pergi ke Klinik Kesihatan Sungai Besi
punyalah ramai orang yang dah menunggu
lebih kurang sejam menunggu baru nama dipanggil
itupun kena keluar masuk bilik doktor

kena check air kencing
kena ambil tekanan darah
pastu masuk balik bilik doktor

doktor bagi ubat sakit perut, demam dan cirit birit
doktor bagi mc…katanya suhu badan ema panas.

dah doktor bagi mc terus balik rumahlah

si kakak rasa pelik bila ema balik awal sangat

kakak : mama tak pergi kerja ke?

mama : tak…mama tak sihat

kakak : mama demam ke?

mama : a’ah, mama sakit perut.

kakak : mama tidurlah. biar kakak jaga mama

mama : ok

kakak : kakak letak kain kat atas kepala mama yer

mama : tak perlu…mama nak tidur saja. mama penat. kakak tengok tv yer

kakak : mama tidurlah. kakak tengok tv. tokma ada

punyalah berjam-jam ema tidur tak sedar apa. huhuhu….

p/s : nanti ema pergi rumah korang yer.

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge