Pada awalnya aku ingatkan anak demam Chicken Pox. Tapi bila dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Ayra Sufia dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut atau HFMD. Alahai memang kesian, sebab dia masih kecil untuk tangani sakit ini. Lebih-lebih lagi, bila ada ulser dalam mulut.
Dari mana virus HFMD ini?
Aku sendiri pun tak tahu dari mana virus HFMD ini menyerang Ayra Sufia sebab dia bukan ditinggalkan di taska. Ayra Sufia tinggal di rumah pengasuh yang mana hanya dia seorang sahaja yang ada. Bila doktor tanya, sebelum ini ada pergi ke mana-mana sama ada ke kedai makan, atau bazar ramadhan? Aku cakap ada berbuka puasa di kedai makan. Anak duduk di dalam baby chair? Aku cakap yea. Mungkin dari situlah Ayra Sufia terkena atas alasan budak yang duduk sebelum ini ada virus HFMD dan baby chair tidak dibersihkan dengan baik.
Apa yang aku perasan perubahan pada Ayra Sufia bila badan dia panas dan nampak biji-biji merah keluar dari tapak tangan, lutut dan kaki. Esoknya, Ayra Sufia menangis sambil cakap “kitt (sakit)” untuk minum susu. Lepas itu, aku sedar ada ulser di lidah. Bagi bubur nasi, Alhamdulillah dia nak makan. Tiada ubat khas untuk tangani HFMD, cuma anak tak boleh dibawa keluar ke mana-mana. Ulser dalam mulut boleh disapu dengan gel yang dibeli farmasi. Untuk cepat ubati sakit dalam mulut, bagi anak makan aiskrim.
Cuti Kuarantin Kerana HFMD
Disebabkan aku dan Mr. Ery adalah kakitangan awam, dapatlah cuti tanpa rekod iaitu cuti kuarantin selama 5 hari untuk salah seorang. Kiranya satu penyakit pada seorang anak, hanya 5 hari sahaja setiap orang. Jadi, Mr. Ery lah yang ambil cuti kuarantin, aku pula ambil EL. Untuk anak betul-betul sembuh masa yang diperlukan dalam 7 hingga 14 hari. Tapi Ayra Sufia dalam tempoh cuti kuarantin tu, dia kembali sihat. HFMD dia pun tak ada naik yang baru dan bukan jenis yang berair. Jadi, cepatlah dia sihat walaupun sisa-sisa demam masih ada. Dalam 2 hingga 3 hari, anak akan demam on off.

Ayra Sufia kembali sihat dan dapatlah kami sekeluarga beraya di Kuala Lumpur ini.
Semoga cepat sembuh ayra