Family Parenting Travel

Cuti Di Langkawi | Langkawi Cable Car Gunung Mat Chincang

Langkawi Cable Car Gunung Mat Chincang

Hari kedua di Langkawi, bangun awal pagi sebab bercuti bukan untuk tidur tapi bercuti untuk makan angin..rugilah kalau terperap kat homestay saja.

Plan punya plan tak tahu nak ke mana, akhirnya ema cadangkan pergi naik Cable Car Di Gunung Mat Chincang ni..best tengok pemandangan dari atas..

Tapi “tak beranilah ma, along nak naik, naiklah..ma tak nak naik”

Laaa, my mom gayat nak naik cable car...”sangatlah rugi kalau ma tak naik, bila lagi nak naik ni...bekas PM kita pun dulu naik, tak ada dinding pun…sekarang ada dinding…ma tak payah tengok kat bawah” pujuklah anak sulung dia ni. yea, my mom setuju…ayat baik punya..

Sebelum tiba ke destinasi, singgah di stesen petronas untuk pergi bank saya a.k.a maybank.. sana ada view yang cantik untuk take photo macam tiga budak kenit ni.

 

 

Nampak tak dua bulatan dalam gambar tu…tak kan tak nampak kan.

Dari sana, dah boleh nampak destinasi yang akan kami naik sebentar lagi.

 

 

Masih di kawasan stesen minyak petronas

 

 

sah-sah tak akan lepaskan peluang.

 

 

Tiba di Langkawi Cable Car dan nak beli tiket punyalah ramainya manusia….

 

Berbaris sehingga melepasi deretan kedai…malas nak buang masa…

 

jawapannya tak jadilah nak naik cable car ni..hati my mom terus rasa lega…hehehehe

 

Terpaksalah buat plan yang lain…

 

 

Plan A, belikan kakak cermin mata.

 

 

Plan B, bukan kakak saja yang dapat..malah adiknya pun wajib beli juga.

 

oppa gangnam style

 

 

Plan C, kasi mereka bertiga naik kereta kuda dengan bayaran RM 5 satu kepala…bukan satu kereta tau.

 

 

tengah berhenti sebab kuda tengah membuang..

 

 

bukan main bergaya lagi my hero ni sorang…duduk pun sorang-sorang.

 

Underwater World Langkawi

Plan D, masuk Underwater World

 

Yang masuk cuma tiga orang iaitu kakak, ayah su dan my step father. Kami bertiga meronda area Pantai Cenang dengan keadaan panas terik.Walaupun banyak kedai kat sana, tapi siang hari banyak tak buka….Malam hari mengalahkan negara Thailand. Malah pantai dah terlindung dengan deretan kedai….

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
0 Shares

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge