Curi-Curi Makan
Rezeki Penerima APC.
Tadi sebelum solat jumaat. ada makan-makan kat opis aku terima kasih kepada Tuan Noordin (meniti detik-detik terakhir berpisah dengan kami semua), Kak Jah dan Wan Nazaruddin kerana belanja kami makan besar. Tahniah untuk korang bertiga dapat APC Tahun 2010.rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicarikami dijamu nasi tomato..terlupa nak snap rupa nasi tomato.
ayam masak kurma kot..aku reti makan jer. entah tangan siapa tu.
udang masak merah. suka sebab tak pedas. ngeh3x
ada dalca. tapi aku tak ambil pun.aku ambil yang sebelah tu. tetiba boleh lupa panggil apa. aduh!!
desert pun banyak. buah yang aku makan hanya dalam bakul tu..buah lain tengok saja.
rebutan ramai. aiskrim laaa. tapi ada sorang tu suka makan kon aiskrim. makan yang bawah tajam pulak tu.
hari ini ramai pakai baju korporat opis aku ini termasuklah aku sendiri. yang belah kanan tu salah sorang yang belanja. sorang lagi tumpang gelemer jer..huhuhu.
memang aku suka makan rambutan kulit kuning. sedap tu. boleh tahan aku ambil banyak biji. yang satu tu korang tahu buah apa. masa kat masterchef malaysia..ramai yang salah teka buah ini. ini buah langsat bukan buah duku tau.
terima kasih daun keladi. next year boleh belanja lagi.
sekian.
alamak, sakit perut ni!!!!