Loading...
FamilyParenting

cuci mata dan cuci duit

salam semua…
bila dah lama tak update banyak pula entry nak buat…
entri ni saya buat awal..dan saya publish ikut masa yang saya tentukan tau…
kalau buat enry setiap minit
nanti orang cakap tak buat kerja pula
bila dah tak keluar lunch…so, saya mahu update blogkan…

malam terakhir sebelum my mom balik kelantan…
saya bawa diaorang jalan-jalan cuci mata dan cuci duit kat Mines
cuci mata tu hanya saya sorang jer… my mom dan adik yang cuci duitnya…

budak-budak kecil yang nakal tu..ditinggalkan kat rumah with bapak2 nya..
saya bawak anak teruna saya sorang jer…
tak boleh tinggal budak kecik ni sorang…
takut nanti menangis mahu susu….

kat sini hanya cuci mata saja
tak berkenan pun dihati diaorang ni

dah masa pun agak2 lewat
kitaorang tak lama2 singgah menyinggah
paling lama pun kat reject shop ni
ada sale katakan…
so, my mom dan sis yang habiskan duit kat sini dulu…
kan saya dah cakap saya hanya cuci mata saja…

tanpa berkasut..aqeel mahu jalan sendiri juga..
boleh tahan kaki dia dengan sejuk lantai tu…
balik rumah terus kembung perut
masuk angin….

opppsss, aqeel tunjuk apa tu?

itu seluar untuk girl saja… pandai2 dia ambil ni….

hah, pilih2 jangan tak pilih tau…pilihlah untuk saya sekali erkh…

bila saya marah suruh simpan balik seluar girl tu..terus aqeel simpankan…tapi salah sangkut…

next shop, kitaorang singgah beli jam tangan untuk budak kecil yang kena tinggal kat rumah
kenalah beli..dah janji…
kalau tak beli…. alamat huru hara jadinya…

pastu singgah kat booth yang jual baju dah siap
sekali pandang kat patung terus berkenan dihati…
biarpun pekerjanya tengah bersiap-siap mahu tutup..
tapi diaorang still lagi layan karenah kami2 semua….
ala…dapat customer… siapa yang tak mahu layan kan…

adik tengah mencuba baju.. dia ingat dia masih slim ke?
tak percaya size pun dah up…
try punya try…tak padan juga…
hah, sangkut kat bahu…
bila nak size besar..tak adalah pula…
makanya…terlepaslah my sis tu…
hanya my mom jer yang dapat….

si aqeel tenggelam dalam kain baju kat booth ni…
seronok dia bila dilepaskan berjalan…

bila dikejar..terus dia lari…

adusss..penat sungguh jalan2 cuci mata ni yer…
agaknya jalan2 cuci duit…lagilah terasa penatnya….

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge