Hari ini, sekolah anak buat sambutan hari kanak-kanak dengan tema animasi. Tak silap aku, kalau tema animasi ni macam kartun upin-ipin, spiderman, iron man, frozen, Shrek, princess kan. Bila tengok costume anak, confius. Ikut tema ke tidak ni? Tapi anak-anak cakap “tak apa mama, asalkan ada”.
Costume Budak dari watak Witches dan Tulang
Aku ikutkan saja dah itu yang diaorang nak. Asalnya, beli costume untuk kakak seorang. Dah aku ingatkan hanya untuk budak-budak tahun 6 saja yang kena pakai costume. Rupanya semua anak murid (sekiranya ada). Si abang bagitahu dia pun nak juga pakai costume. Nasib baik sempat cari sebab hari kanak-kanak yang perancangannya hari jumaat lepas postpone ke hari ini.
Terpaksalah pergi lagi tempat yang sama. Masa beli costume kakak, tak banyak pun pilihan. Tapi hari nak beli costume Abang, banyak pula pilihan lebih-lebih lagi untuk budak perempuan. Kakak minta belikan yang lain untuk dia. Aku cakap kat kakak “kakak, baju yang dah beli tu pun untuk pakai sekali jer” . Terpaksa berkira, walaupun boleh sangat beli yang lain.
Dalam banyak-banyak costume untuk abang, jenis yang bertulang ni lah yang sesuai. Yang lain agak besar dengan badan dia. Aku sendiri tak tahu rupa penuh anak-anak dengan costume mereka hari ini. Diaorang bersiap di sekolah. Hari ini, kakak Azwa jadi MC. Tengah tunggu pihak sekolah upload gambar aktiviti hari ini di facebook nanti.
macam2 sekarangkan…
Comel budak2 ni dgn costume diorang