Contohi pemuda ini

Semalam hujan lebat dengan angin pun kencang. Terkandas di pejabat petang semalam dan tak berani nak balik ke rumah. Bukan apa, sepanjang jalan ke pejabat ema ni dikelilingi pokok-pokok besar. risau pokok tumbang. Dan apa yang dirisaukan memang terjadi.. tak boleh keluar dari pejabat. kiri kanan jalan ditutupi dengan pokok yang tumbang.

Pemuda Baik Hati

Tapi, nasib baik polis yang menjaga rumah rehat Tun Abdullah mengalihkan sebahagian pokok ke tepi jalan dan dapatlah lalu walapun hanya sebelah jalan. Kalau tidak, malam jawabnya baru dapat balik rumah menunggu DBKL datang bersih.

Sepanjang perjalanan balik, banyak pokok-pokok yang jatuh ke bumi malah tiang lampu pun tumbang sekali.

Panjang mukadimahnya, cuma nak tunjukkan gambar dua orang penunggang motosikal ini. Maaf, gambar agak kabur memandangkan tengah drive, jalan sesak dan hujan masih turun.

Contohilah mereka, dalam keadaan masih hujan, mereka berhenti dan mengalihkan sebahagian dahan yang menutupi lorong kecemasan di mana lorong ini kebanyakan akan dilalui oleh penunggang motosikal.

Kemungkinan, hendak menunggu pihak DBKL membersihkan semua akan mengambil masa dan waktu malam menjelma tak lama lagi. untuk keselamatan pengguna yang akan melalui jalan ini, mereka sanggup mengalihkannya…terima kasih pada mereka berdua.

Dan bila pagi tadi sampai pejabat…banyak ranting dan dahan yang jatuh dibawa angin kencang semalam.

Itulah kekuasaan ALLAH swt.

 

About emarieys

Ema has written 1255 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge