Contest Kaca Mata PapaMifz.com "

Salam pagi semua.

Ini contest pertama di tahun 2013 yang saya nak join.

“Contest Kaca Mata PapaMifz.com ” .

Saya sebenarnya dari bangku sekolah lagi dah mata rabun ini. tapi sebab tak berapa selesa dan pening bila cermin terletak atas batang hidung mancung, kejap pakai kejap tak….sehinggalah study di kolej…

Sejak bekerja dan hadap komputer sentiasa, penglihatan semakin teruk…sepanjang kerja hampir 8 tahun baru dua kali tukar cermin mata.

Yang ini cermin mata pertama hadiah dari si dia . Lepas setahun terpaksa tukar bingkainya sebab spring patah…harga RM 450.00..kena cahaya matahari boleh jadi gelap…tapi tak tahu nak panggil cermin apa..

Dan gambar cermin mata di bawah adalah yang dipakai sekarang..baru beli tak sampai dua bulan…. yang suka tentang cermin mata ini, bila pakai nampak saya lagi cute…hahaha..memang poyo..yang tak suka kaki cermin tu dah tertanggal warna hitamnya…kalau kena cahaya matahari pun jadi gelap..senang tak perlu buat dua kali kerja tukar pakai spek hitam.

Jenama

Apa jenama bingkai kaca mata sekarang?

Jenama swatch…saya ingat jenama swatch hanya pada jam tangan saja…

Anda beli kaca mata tersebut dimana?

Kedai cermin mata yang baru buka di area field sungai besi…pantang nampak sale..

Pengalaman manis atau pahit sepanjang berkaca mata?

Manis bila nampak sweet..pahit bila orang cakap tak lawa pun pakai cermin mata…huhhuhu

Harga kaca mata tersebut?

Kata sale..tapi kena bayar RM 400.

Anda menyesal beli kaca mata tersebut?

Tak sesal sangat sebab benda ini dah jadi keperluan…tapi sesal kalau tak menang…hahaha

Bab power kanta tak berapa reti…tapi rasanya tak banyak sangat…

Sekian, story kanca mata saya..ada harapan untuk menang tak papamifz.

Mari tengok apa hadiahnya.. 

 Hadiah Utama

Sepasang kanta cermin mata CR39 Photogrey Multicoated bernilai RM 350.00 ( siap pasang ) 

RABUN JAUH TIDAK LEBIH daripada -5.00 dan RABUN SILAU TIDAK LEBIH daripada -2.00 

Hadiah Kedua
Sepasang kanta cermin mata CR39 1.6 Multicoated bernilai RM 250.00 ( siap pasang ) 
RABUN JAUH TIDAK LEBIH daripada -6.00 dan RABUN SILAU TIDAK LEBIHdaripada -4.00 

Hadiah Ketiga
Sepasang kanta cermin mata CR39 1.5 Multicoated bernilai RM 150.00 ( siap pasang ) 
RABUN JAUH TIDAK LEBIH daripada -4.00 dan RABUN SILAU TIDAK LEBIHdaripada -4.00
* CR39 = Plastic

Tarikh Tutup : 15 Mac 2013

About emarieys

Ema has written 1258 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge