Guinea, negara kos hidup agak tinggi.

Ada yang pelik, kenapa banyak sangat bawa barang runcit ke mari?

Tak ada jual ke kat sana?

Jawapannya, nak berjimat.

Sini, bukan senang nak dapat bahan kering yang biasa guna.

Yang ada pun, harga mahal.

Ada anak kecil ni, makanan sampingan kena ada macam biskut atau roti.

Tak akan jumpalah biskut tiger..biskut kering..biskut tawar…hehehe..

Biskut orea ada…tapi harga mahallah.

Beli yang mana murah jea. janji anak makan.

Nak jumpa sos cili pun payah.

Baca: Syarikat Packaging dari Tunas Planner Sdn Bhd

Barang Runcit Biasa

Minyak masak kat sini, aku jumpa yang warna jernih.

Kalau kat Malaysia, minyak masak macam ni pun harga mahal jugak kan.

Sini yang paling murah harganya 25,000gnf.

Masa mula-mula beli roti keping ni, tak sedar pun harga dia memang mahal giler.

Beli kali  kedua baru terasa, itupun masa beli 3 bungkus.

Sampai beratus ribu nilai duit Guinea.

RM31 sebungkus roti keping yang panjang.

Sekali sekala bolehlah..hehehe.

Kat Malaysia, beli roti panjang ni..mahu expired date belum tentu habis.

Tapi kat sini, sekali hadap jer.

Roti dia sedap…Eh.

Sekarang dah beli roti kering bulat macam roti capati tu jea.

Hahahaha…murah banyak dari roti bungkus ni.

Dah harga barang supermarket dari French.

Terima sajalah..

Nak beli kedai biasa, ayam itik pula kan.

Nanti aku share supermarket yang selalu pergi untuk cari bahan mentah lain macam daging, bawang, sayur.

Tak banyak pun…4 tempat jea.

Jangan duk bayang supermarket besar-besar tu… tak ada pun.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

3 Replies to “Harga Barang Runcit di Conakry, Guinea”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *