Tunas Planer Sdn Bhd, company packaging yang diambil oleh Kementerian untuk pack aku punya stuff.
Komen aku pasal Tunas Planner Sdn Bhd, salah satu syarikat pembungkusan yang boleh dimasukkan dalam kategori servis yang terbaik.
Okey, aku dah janji untuk share syarikat packaging yang wrap aku punya stuff sekiranya aku terima dalam keadaan baik. Sabtu lepas, kontena akhirnya depan mata. Sebelum kontena dapat keluar dari port, aku sendiri kena pergi tengok kontena untuk pastikan kontena tidak diusik.
Cara Mereka Buat Kerja
Dah kira cepat juga kontena sampai ke Conakry ni. Banyak-banyak bekalan dalam kontena, paling aku risau adalah beras. Ramai juga yang pesan jangan bawa banyak beras..takut rosak diserang kutu. Tapi aku tetap juga bawa lebih. Tak kenyang makan beras kat sini..macam pulut..harga pula mahal.
Tetap ada serangan kutu. tapi tak banyak. jemur kejap kat luar, hilanglah.. Itupun hanya dua bag beras jer yang kena serang..lain semua okey..walaupun beras-beras aku tak di vacuum bag pun.
Packaging untuk cili kering, ikan bilis, kacang hijau, kacang tanah sahaja yang pakai vacuum bag kecil-kecil.. senang untuk aku buka satu paket bila nak pakai. Semua dapat dalam keadaan yang baik..
Masa pembungkusan kat rumah, ambil masa 3 hari juga nak setel…bungkus barang nak bawa ke sini dan hantar balik Kelantan. 1 hari aku tak dapat tengok cara diaorang buat kerja sebab pergi exam KPSL.
Setiap kotak diletak kertas serap air… dan yang mana barang mudah pecah, satu persatu dibungkus dengan bubble wrap. Segala botol sos cili, tomato, sos tiram, sos lada hitam dan kicap semua dibungkus satu-satu dengan bubble wrap.
Kitchen ware yang dalam kotak asal pun dibuka dan dibungkus berasingan satu-satu. Puas hati sangat.
Kotak bentuk wardrobe
Tak perasan kotak paling besar. Ini mesti kerja yang dibuat masa aku pergi exam. Sampai Conkary, baru aku tahu rupanya kotak untuk letak baju yang siap hanger.
Kreatif dan kukuh lagi….ada satu dua yang jatuh dari hanger..pening naik kapal…hehehe.
Paling banyak dalam senarai adalah food stuff lah. Kan kebulur tinggal di negara orang ni yang mana tempat yang tak pernah aku pergi. Tanya orang-orang lama pun, cakap bawa lebih makanan. Lagi-lagi ada anak kecil.
Stok makanan kering tepung, sardin, maggi, spaghetti, biskut, minyak masak yang banyaknya… Itupun kena tengok juga expired date semua.. Tak semua boleh cecah 3 tahun…paling lama pun setakat 2 tahun jer.
Tak banyak pun ada 67 kotak, 6 kotak orang punya kiriman… orang lain sampai beratus kotak bila posting. Dah setakat itu jer bajet yang ada..habis stok nanti, kirim dengan orang yang nak datang sini…ada ke yang nak datang jenguk kami kat Conakry ni? Huhuhuhu..
Company packaging punya alamat : Tunas Planner Sdn Bhd, No. 16, Jalan Bawal Tembak, Taman Sri Gadong, Off Jalan Bertih, 41100 Klang, Selangor
Tel: 03-3373 4782
Cawangan lain ada di Pasir Gudang dan Tanjung Pelepah.
ema nak tau? masa baca entri ni rasa sedih pulak sebab terfikirkan makanan yang ditunggu tu boleh dimakan atau tak. tapi syukur alhamdulillah baik2 belaka. dapatla ema anak beranak merasa makanan malaysia. moga berterusan baik2 di sana ema
Aju Mohit recently posted…Tips percutian jimat dan berbaloi dengan Pakej Arba Travel