Seronok nak pergi travel, persediaan pun banyak yang diperlukan. Dah cukup lengkap ke checklist sebelum travel yang anda senaraikan? Jangan lupa masukkan 1 perkara penting dalam checklist sebelum anda pergi travel. Ramai yang tidak mengendahkannya kerana menganggap ia perkara biasa dan tidak penting.

Checklist Sebelum Travel

  1. Semak status perjalanan di Jabatan Imigresen Malaysia.
  2. Tiket Penerbangan.
  3. Tempahan Hotel.
  4. Passport – Tarikh passport tamat sebelum 6 bulan dari tarikh percutian.
  5. Permohonan visa (mengikut negara yang pergi).
  6. Ambil insurans perjalanan.
  7. Ambil insurans extreme sports bagi yang ada aktiviti extreme.
  8. Money Changer.
  9. Pakaian sesuai ikut negara dan musim.
  10. Bekalan ubat – Labelkan.
  11. Bawa bekalan makanan yang tahan lama.
  12. Powerbank.
  13. Kamera.
  14. Universal Travel Adapter – Sesetengah negara tak sama soket dengan Malaysia.
  15. Itinerari untuk melancarkan percutian anda.
  16. Print segala slip tiket penerbangan, hotel, permainan, tiket bas, tiket keretapi, tiket park yang beli di talian.
  17. Beli simkad di negara yang dilawati.
  18. Aktifkan kad debit dengan bank.
  19. Buat salinan dokumen peribadi (kad pengenalan diri, passport) dan simpan dalam emel.
  20. Catit dan simpan nombor embassy terdekat dengan negara yang dilawati. Dinasihatkan segera mendaftar/memaklumkan kepada embassy di negara yang dilawati. Jika tiada embassy di negara tersebut, daftar dengan embassy yang paling terdekat. Senarai penuh ada di SINI.

Kita tidak tahu sekiranya akan berlaku sebarang masalah ketika berada di luar negara. Bantuan konsular dapat disegerakan dengan adanya maklumat diri di embassy.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

One Reply to “[PENTING] Checklist Sebelum Travel ke Luar Negara. Jangan Pandang Ringan Pada List No. 20”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *