Chalet Indah Khabar Dari Rupa, Janda Baik, Pahang

Perggh, seminggu lebih nak khatam percutian di Kuching, Sarawak. Hari ini dah masuk minggu baru, tapi baru nak story minggu lepas punya aktiviti selepas balik dari Kuching, Sarawak.

Hari sabtu dan ahad, kami ke Janda Baik, Pahang lagi.. kali ini pergi atas jemputan group Technician IT pejabat mr. ery. dapatlah berkenalan dengan kawan-kawan dan isteri-isteri kekawannya. semuanya baik-baik…seronok. walaupun pertama kali jumpa, tapi macam dah lama kenal.. mr. ery kenallah dengan isteri-isteri kawannya sebab kebanyakkan si isteri kerja sepejabat dengan suami.

Chalet di Janda Baik

Tempat penginapan, makan dan minum disediakan oleh kawan mr.ery dan sempat juga mr.ery belikan beberapa ekor ikan untuk dibakar pada malam bbq. Siap ada program pun, tapi tak ikut sangat. semuanya datang lambat sebab masing-masing ada hal.

Walaupun kali kedua datang sini, tapi kali pertama menginap chalet ini. nak cari chalet bukan main susah. dengan signboard tak ada…kena tanya orang juga..lagipun jalan ke chalet ini berlainan dengan simpang ke penginapan kami sebelum ini. itupun dah tersalah chalet bila tengok pada blog chalet dan signboard lain.

Bila sampai chalet, mood terus down…tengok persekitaran chalet tak memuaskan. tapi bila tengok blog bukan main lagi lawanya kawasan…ibarat ‘indah khabar dari rupa’…chalet tak terjaga dengan baik. agaknya bila ada orang nak bermalam baru tuan chalet kemaskan.

Kami orang kedua sampai. so, bolehlah pilih bilik yang elok sikit. Bilik kawan mr.ery gempar ada katak…pastu katak tu pandai pula masuk bilik anak dara yang sedang bercuti. padahal jauh juga bilik anak dara dengan bilik kawan mr.ery tu… mereka pun cakap tertipu bila datang ke sini.

kawasan chalet ini ada air sungai mengalir. elok anak-anak seronok mandi..rupanya saluran air sinki dan air tandas chalet masuk mengalir dalam sungai ini. oh no!!!

Pagi ahad, lepas siap buat breakfast..terus pergi mandi-manda ke tempat yang betul. dulu pergi best, tapi kali ini tak best sangat sebab air surut dan aku tak dapat pun mandi..

main pasirlah mereka berduakhabarnya bulan 6 nak buat aktiviti lagi

inilah kawan baru aku dan anak-anak

nota jari : masing-masing punya kamera takut aku tengok. sampaikan segan aku nak bawa keluar kamera sendiri. akhirnya, kamera aku sepi di dalam beg saja.hari minggu ini nak kena pergi johor…yeahh, kita pergi mandi manda di Desaru.

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

One thought on “Chalet Indah Khabar Dari Rupa, Janda Baik, Pahang

  1. hehe sekarang org tak heran dh ngan camera…..pakai hphone pn dh okey…dulu bole ler megah dgn dslr….la adik teman yg buat bisness photography….pakai hset oppo jh.

    biar ada dr takda,yg penting kenangan diabadikn…selit2 lah kt blog…sekuarangnya kami tau ada tempat utk beriadah…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge