Assalamualaikum Semua!!

Sebut sahaja Cetaphil mesti dapat agak produk apa. Yea semestinya produk pencuci muka Cetaphil Gentle Skin Clenaser ni yang sesuai untuk semua jenis kulit tak kisahlah kulit sihat, kering, berminyak, sensitive mahupun kombinasi. Tapi korang tahu ke tidak ni, bukan sahaja pencuci muka saja yang dikeluarkan. Ada pelbagai lagi produk lain antaranya moisturizing cream, losyen, dan sunscreen. Semua produk Cetaphil memang disyorkan oleh pakar dermatologi dan selamat untuk digunakan tak kisah apa jenis kulit anda. 

cetaphil soap gentle

Masalah Kulit Kering Selesai 

Korang pun tahu aku memang mempunyai masalah kulit kering dan perlu berhati-hati untuk pilih pencuci muka yang sesuai. So, aku pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk mengatasi masalah kulit kering aku ni. Paling aku suka, Cetaphil Gentle Skin Cleanser tidak berbuih sepertimana pencuci muka yang lain sebab ia tidak mengandungi sabun. Kalau tidak berbuih, kulit takkan kering dan minyak kulit semula jadi tidak dikikis semasa cuci. Selepas aku pakai, memang kulit rasa lembap dan tiada lagi kulit mengelupas. Baru senang hati nak pakai make-up sebab tidak bercapuk lagi.

Penjagaan muka Cetaphil ni juga tidak mengandungi bahan pewangi. Pewangi adalah musuh ramai orang sebab akan merengsakan kulit olehtu Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni sangat sesuai untuk mereka yang jenis kulit sensitif dan yang terkelupas macam kulit aku dulu sebab kulit terlalu kering.

Bila first time cuci muka dengan Cetaphil tiada kesan gatal-gatal itu menunjukkan tiada bahan terlarang di dalamnya. Jerawat kakak pun semakin berkurangan sejak pakai Cetaphil.

pencuci muka cetaphil

Setelah aku beli Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni, ia menjadi rebutan antara aku dan anak dara aku yang sulung. Sejak dia dah remaja ni, makin banyak jerawat kat muka. Bila dia balik dari asrama, dia akan pakai aku punya dan dalam diam-diam dia ambil bawa balik ke asrama. Bila aku nak cuci muka, botol dah ghaib. Huhuhu kena bertabahlah aku.. jawabnya beli lagi untuk sendiri. Lepas ini kena sorok dari dia..mahu ghaib lagi..hehehehe..

Sebab ni aku kata Cetaphil sesuai untuk semua jenis kulit. Kulit wajah aku yang kering pun boleh guna, kulit jerawat anak aku pun boleh guna. Aku memang syorkan anak pakai Cetaphil dari produk lain kerana lebih mempercayai dengan bahan-bahan yang lembut dalam Cetaphil ini sebab ia memang focus pada menjaga kesihatan kulit. Bila kulit sihat, saja boleh cantik kan?

duta produk lisa surihani

Kakak dah aim botol besar yang ada sekarang ni!!!!!

Ke mana-mana pergi, aku akan pastikan produk ini dibawa. Kat opis pun aku standby juga. Bila dah jumpa pencuci yang sesuai dengan kulit, maka tak akan bertukar lagi ke pencuci muka yang lain.

Dua Cara Penggunaan 

Maksud 2 cara tu samaada nak basah dengan air atau tanpa air.

Jika tanpa air, tuangkan cecair atas tangan  dan sapu pada wajah serta urut perlahan-lahan selepas itu lap dengan kain yang bersih.

Jika dengan air, tuangkan cecair atas tangan. Sapu dan urut perlahan-lahan pada wajah dan cuci dengan air.

MUDAH SANGAT DAN TIDAK MEMEDIHKAN MATA

Pembelian Produk Cetaphil 

Bukan sebarangan tempat yang dijual yea. Disebabkan ia satu produk yang dipercayai  keberkesannnya dan juga isi kandungan bahannya pembelian produk boleh didapati di farmasi-farmasi terpilih yang berdekatan dan kedai e-commerce seperti Lazada dan Shopee. Tapi kena beli dari official store Cetaphil atau trusted seller tau. Kalau tak, tak tau apa benda yang datang nanti.

lazada dan shopee store

Oh yea, Cetaphil Gentle Skin Cleanser bukan sahaja digunakan untuk cuci muka malah cuci satu badan pun boleh menggantikan penggunaan sabun.

Korang yang mempunyai anak masalah eczema pun boleh try produk ini..hasilnya korang akan tahu selepas menggunakannya.

review cetaphil

Orang perempuan memang pentingkan kulit wajah. Kaji selidik yang dijalankan oleh Home Tester Club Malaysia dapat 97% wanita yang telah cuba Cetaphil Gentle Skin Cleanser akan telah bertukar kepadanya selepas pertama kali mencubanya. Aku rasa aku dan anak aku juga sebahagian daripada 97% wanita tu.

Trylah!!!

 

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

One Reply to “Cetaphil Gentle Skin Cleanser Untuk Semua Jenis Kulit”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *