Loading...
BisnesFood Review

Cendol Power Big Cup Seri Kembangan

Cendol Power Terbaik

Cari cendol sampai ke Seri Kembangan. Cuaca panas-panas macam ni, memang cendol lah yang tekak nak makan. Kempunan tak sempat nak cari cendol masa kursus di Melaka. Balik ke KL, esoknya terus cari cendol terdekat. Bila google  cendol sedap, terus jumpa link cendol power di Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan. Okey dekat sangat dengan rumah. Ikut Kinrara jer paling senang.

5 Jenis Cendol

Sememangnya aku, Mr Ery dan anak-anak memang suka makan cendol. Terus order 4 dari 5 jenis cendol yang ada. Ayra tak biasa minum cendol lagi, itu yang tak ambil  5 cendol berbeza. Antara pilihan cendol yang aku ambil cendol durian, cendol pulut, cendol kacang merah dan cendol jagung.. Memang sedap..cendol pun kemain gemuk berisi..santan pakai santan kelapa sawit..itu yang tambah kesedapannya…yea, santan kelapa sawit lagi sedap. Patutlah gemuk-gemuk isi cendol sebab dibuat sendiri oleh tuan kedai. puas hati makan.

Cendol Power Terbaik

Saiz Big Cup

Cendol Power Terbaik

Cendol Power Terbaik

Laksa pun ada.. ini laksa Kedah..aku ingatkan laksa penang.. Satu ambil yang pedas..Dua lagi ambil yang biasa. Bezanya letak cili potong jer.. Sedap ke tidak?

Cendol Power Terbaik

Cendol Power Terbaik

Buktinya, sedap ke tidak. Licin semua..

Cendol Power Terbaik

Dibuka seawal 11.30 pagi hingga 7:00 malam. Kalau korang datang time tengahari matahari atas kepala pun tak rasa bahang panas sebab terlindung dengar daun-daun dari pokok kelapa sawit. Kemain kusyuk masing-masing menikmati cendol power dan laksa kat sini..

Cendol Power Terbaik

Nampak van putih macam gambar atas tu..korang akan jumpa gerai cendol yang betul sebab ada juga dua gerai yang jual benda yang sama. Aku sampai semalam, berdepan sangat dengan gerai durian. Yealah, tengah musim durian ni adalah gerai duriannya. Bila habis musim durian nanti entah masih ada ke tidak, aku pun tak pasti. Paling senang nak mark, van putih.

Ada keinginan nak berniaga, korang berniagalah cendol..modal tak besar tapi boleh dapat hasil lumayan. Kerja pun tidak penat sangat…kisar ais batu jer…lain-lain sediakan bahan. Tuan Cendol Power sendiri pun ada buka peluang untuk korang berniaga cendol ni…berminat boleh contact OWNER

 

About emarieys

Ema has written 1169 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

5 comments
  1. Gum Arabic Al-Manna

    Tengah musim durian ni lebih ‘afdhal’ ambil cendol durian. Nikmat musim durian ni macam-macam juadah yang di create berasaskan durian termasuk cendol power big cup Seri Kembangan. Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE