Dapat ilmu percuma, siapa yang tak nak? Rugilah tolak. Alhamdulillah berpeluang juga kaut ilmu cara-cara untuk mengambil gambar menggunakan smartphone dengan betul. Sekarang, dengan smartphone pun dapat hasilkan gambar yang cantik mengalahkan gambar dari kamera. Yang penting kena tahu bagaimana dan jangan MALAS.
Bengkel Fotofon KBBA9 di MATIC kerjasama COSMODERM
Bengkel fotofon bersama Sony Malaysia yang diadakan pada sabtu lepas di MATIC hasil kerjasama Cosmoderm telah membuka mata aku teknik mengambil gambar dengan smartphone dan menjadikan gambar itu menarik dari pandangan mata orang lain. Kalau mata sendiri, akan jadi syok sendiri pulaknya. Hahaha, itu pasal perlu kurangkan gambar selfie. Eh, tetiba…
Photographer dari Sony Malaysia iaitu Encik Rahman Roslan telah dijemput untuk berkongsi ilmu tentang teknik asas fotografi yang merangkumi 3 teknik penting. Malah, dengan smartphone jangan dibiasakan dengan menggunakan mode auto yang ada di dalam aplikasi kamera. Perlu biasakan diri mengubah kepada mode manual seperti ISO. Kalau tak ada aplikasi berkenaan, sila beli handphone dari Sony Malaysia. Perghhh, memang mengancam giler gambar dari handphone Sony.
Antara teknik-teknik asas untuk menghasilkan gambar yang menarik adalah Aperture, Shutter Speed dan ISO. Pernah belajar juga dulu masa awal-awal ada kamera DSLR mengenai elemen-elemen ini. Tapi banyak yang lupa sebab tak praktis selalu. Lagipun, sejak ada smartphone, DSLR disimpan saja. Ada yang nak tak? Rasa macam nak jual.
Lagi satu, jangan ada sifat MALAS untuk edit gambar yang diambil yer. Aplikasi untuk edit gambar pun perlu korang install dalam smartphone. Antara yang paling senang untuk edit gambar adalah aplikasi Snapseed. Sangat mudah dan gambar korang lagi the bomb gituu.
Elemen Asas Fotografi
Dalam sedar dan tak sedar, sebenarnya gambar yang kita ambil memang ada merangkumi elemen asas fotografi iaitu:
- Light
- Frame
- Rule of Third
- Foreground
- Reflection
- Perspective Line
Cuma tidak sedar penggunaan elemen asas fotografi ini sebelum datang ke bengkel fotofon. Selain ilmu asas yang diterangkan, sempatlah juga aku dan ahli KBBA9 terus belajar secara praktikal dengan mengambil gambar produk dari Cosmoderm salah satu penaja bengkel fotofon KBBA9. Macam-macam aksi dan gaya seseorang blogger untuk mendapatkan gambar yang terbaik. Bukan kerja mudah hokeyyyy.
Ilmu Dapat Perut Kenyang
Seronok sakan lah. Ilmu dapat percuma, perut kenyang sentiasa. Makan mengalahkan hari bengkel seharian. Itu namanya murah rezeki. Ramai yang sudi menaja makanan untuk bengkel kali ini. Antaranya Restoran Nelayan Gombak, Cafe Cerita Kambing, Ira Bakeri, KhaisyaDelite, Tasty_Bake dan Brill Premium Coffee. Makanan semua sedap, banyak lebih aku bawa balik ke rumah. Dimulakan dengan sarapan bihun goreng, kuih seri muka dan karipap dari Restoran Nelayan Gombak. Sesedap rasa hingga ke tengahari aku makan bihun goreng lagi.
Time break ada roti dari Ira Bakery, cream puff dari Taste-Bake, sandwich dan brownies dari KhaisyaDelite. Diam-diam, aku makan terlebih brownies tu..maaf yer abam korie.. tak cukup satu…hehehehe. Tengahari sebelum balik, disediakan Nasi Beriani Kambing dari Cafe Cerita Kambing dan air Mocha dari Brill Premium Coffee. Nasi dan air mocha aku bawa balik rumah juga. Aku tak makan kambing. Mr.Ery feberet kambing. Balik rumah aku panaskan, aku suruh dia makan dan komen. Katanya sedap walaupun malam baru dapat makan sebab petangnya aku pergi event lain dulu. Air dari Brill Premium Coffee bukan air mocha sahaja, ada latte dan caramel macchiato. Berebut-rebut nak ambil gambar dan nak ambil airnya..hehehehe.
Terima kasih semua PENAJA!!! MATIC untuk lokasi bengkel, SONY goodies bag dan ilmu, COSMODERM product dan sajian sepanjang bengkel.
Selesai sudah Bengkel Fotofon KBBA9 kali ini. Moga ianya akan diteruskan lagi untuk kami team Kelab Blogger Ben Ashaari. Terima kasih atas kerjasama semua yang telah berjaya menganjurkannya hasil kerjasama antara kami di sini.
Wah best juga dapat ilmu percuma pasal edit gambar ni.Senang sikit bila nak gambar produk ke atau gambar sendiri .Hihi.Terima kasih atas perkongsian anda.
Alhamdulillah, dapat ilmu percuma dan InshaALLAH akan praktis kan selalu.
Bestkan bengkel ni… rasa nak ada 2nd version plak. khas untuk DSLR
harap akan ada lagi program macam ni. mmg terbaik sangat
Bukan senang nak dapat peluang balajar ilmu camni..dengan photographer glamer plak tu..😁