semut charlie kesan jangka panjang

[BAHAYA] Terkena Cecair Semut Charlie Yang Dah Mati Pun, Kulit Boleh Melepuh

Memang, semut charlie sangat bahaya.

Hanya terkena cecair atau toksin dari badan semut, kesannya terus terasa.

Kulit merah-merah..melepuh..dan gatal.

Ada semut charlie kat rumah sekarang ni.

Orang kata, memang musim semut charlie, cuaca panas kering.

Risau kat anak-anak.

First time, tengok semut ni depan mata.

Besar macam semut kerengga.

Mr. Ery sendiri dah terkena, tak sempat gigit pun..tapi kesan kena cecair, gatal sampai sekarang.

Malam itu, Mr Ery duduk kat beranda…tak on lampu.

Ada rasa benda merayap dibahu, terus tepuk.

Ingatkan nyamuk, rupanya semut.

Terus kulit rasa pedih-pedih dan merah.

Malam-malam dah tak berani nak buka slidding door.

 

Toksin Charlie dikatakan 12 kali ganda lebih berbisa berbanding bisa ular tedung

 

 

Nasib baik rumah dipasang slidding door  cover net tu.

Semut ini lebih suka kepada cahaya terang.

 

Spray Nyamuk Ini Berkesan.

 

Dah tahu memang ada semut charlie kat rumah, risau takut kena kat anak-anak.

cegah semut charlie

Try spray nyamuk yang botol putih.

Spray kat area beranda rumah..

Biarkan.

Pergi tengok, bertebaran semut mati. Banyak rupanya.

Tak nampak pun semut ni merayap ke..terbang ke.

Aku syak tempat sembunyi, celah-celah pagar beranda dan dalam aircond luar rumah.

Berkesan nya spray nyamuk ni..

Semut-semut tu terus mati.

Walaupun dah bersihkan dan buang semut tu..esoknya tengok ada lagi bangkai semut lain.

Pernah spray kat tikus, ingatkan pengsan jer..mati terus jugak.

Tajam juga spray nyamuk ni.

Spray yang lain tidaklah sebisa yang botol putih ni.

Dah mati pun, tak berani nak sebarangan pegang.

Nah, pakai soletap kasi lekat…hehehe.

Mr.Ery terkena sikit pun pedih-pedih kulit.

Apatah lagi kalau terkena pada anak-anak

Meraunglah jawabnya.

Semut charlie hinggap kat badan jangan ditepuk..hembus jer..tak pun alirkan air.

Terkena gigitan semut, cepat-cepat cuci dengan sabun.

Kalau melarat lebih baik jumpa doktor.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1264 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

2 thoughts on “[BAHAYA] Terkena Cecair Semut Charlie Yang Dah Mati Pun, Kulit Boleh Melepuh

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge