Perkhidmatan

Cara Tukar Hak Milik Kereta

Tukar hak milik kenderaan.

Sebab dah nak habis tempoh sebulan dari puspakom, kelam kabut pergi ke JPJ nak selesaikan tukar nama hak milik kereta. Kerja senang tapi susah juga. Satu, langsung tak tahu apa perlu buat. Dua, ingatkan penjual dan pembeli kena ada bersama. Tapi pembeli tak ada pun tak apa, yang penting penjual yang kena setel dahulu.

Semalam, pergi JPJ UTC Pudu Sentral hari Sabtu dan Ahad buka dari 8.30 pagi hingga 9.00 mlm. Sampai sana, pergi tanya kaunter bagaimana cara nak tukar nama hak milik kereta tapi pembeli di Kelantan. Perlu isi satu borang dan sediakan dokumen yang diperlukan. Pergi melenggang kangkung cik minahnya, tak bawa dokumen apa-apa. Call adik minta faks terus dokumen-dokumen yang diperlukan. Antaranya:

1) Salinan Puspakom yang diluluskan. Tempoh sah sebulan sahaja.

2) Salinan Geran Kereta (geran asal ada pada pembeli)

3) Salinan Kad Pengenalan Pembeli

4) Salinan Kad Pengenalan Penjual

Berkejaranlah cik minah pergi pejabat pada hari minggu dan menunggu faks dari Kelantan. Lepas dapat semua dokumen, lagi sekali pergi JPJ yang sama. Menunggu sejam lebih, barulah nombor giliran dipanggil. Tapi…tapi…tapi….tak dapat selesaikan juga..cik minah pun dah hangin…. lagi hangin adalah suami cik minahlah….buang masa begitu sahaja. Tak dapat selesaikan gara-gara salinan ic pembeli tak clear, tak nampak jeragat pada tuannya…memang geram. yang jadi mangsa cik minahlah, tak puas hati cik minah jadikan si adik mangsa pula. hehehehe. baru adil dan saksama.

Minta adik ambil gambar ic sebiji dalam ic original biar kasi clear dan whatsapp. Dah puas hati nampak clear, sebesar gabak cik minah print salinan ic adik. Esoknya, terus pergi ke JPJ Salak Selatan. Harapan yang tinggi menggunung, biar dapat selesaikan tukar hak milik kereta ini. Tak sampai 5 minit di kaunter, akhirnya dapat selesaikan dengan jayanya.

Proses Tukar Hak Milik

Untuk proses tukar hak milik kereta yang paling penting perlu ada salinan seperti di nyatakan di atas dan biar ‘clear’. Perlu isi borang seperti di bawah, hanya lengkapkan bahagian penjual manakala bahagian pembeli cuma lengkapkan nama, ic dan alamat sahaja yang bahagian lain biarkan kosong. Dan kena pastikan cip pada ic penjual tidak rosak. sebab ic penjual amatlah penting untuk kita scan ibu jari tu. Kalau rosak, makanya kena pergi JPN lah.

Borang Tukar Hak Milik Kenderaan

Orang cakap pembeli kena ada insuran baru boleh tukar. sebenarnya, pembeli tak ada insuran lagi pun tak apa. kemudian baru buat. lepas itu kena pergi renew roadtax. ini urusan bila roadtax yang sudah tamat tempoh tau. Bayaran RM 100 dikenakan pada pembeli yang akan selesaikan dengan JPJ di sana, selamat duit along…

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
4 Shares

You may also like...

23 Comments

  1. Bagus info ni, baru tahu dokumen diperlukan. Tapi semua kena terang kan huhu. Alhamdulillah selesai 😀
    Ani Haryani recently posted…Promosi Januari 2015 : Triple Promo Untuk Anda 😀My Profile

  2. Terima kasih di atas perkongsian info. . Info ini sangat berguna kepada saya. .. sekarang ni saya ada sebuah kereta yang tak ada insurans dan roadtax pula dah 5 bulan mati..

    Nak hidupkan, buat masa ni rasa tak berbaloi lagi, sebab isteri saya tak ada lesen kereta…

    In Shaa Allah, tak lama lagi nak belikan semula insurans untuk kereta tu, dan hidupkan roadtaxnya… bila baca entri ini sedikit sebanyak dapat gambaran prosedur yang perlu saya lakukan nanti. .
    anuar recently posted…10 entri terbaik blog Coretan Anuar Menjelang Tahun 2015My Profile

  3. Ooo, macam tu je ke caranya. Selama ni, saya bayangkan pergi puspakom tu dia nak check kereta tu dulu sebelum tukar nama. Ceh… naive sangat le haku nih.
    LydSunshine recently posted…Tiket Zoo Negara RM30 Untuk DewasaMy Profile

  4. Yang puspakom tu ema urus sendiri juga ke?
    emalinmohd recently posted…Penyusuan Susu Ibu Semasa BencanaMy Profile

  5. tq for sharing ema..
    nanti blh refer jugak..
    lyafrina recently posted…Yeay ! Anak mama dah besar..My Profile

  6. tq for sharing ema..
    nanti blh refer jugak..
    😉

  7. Bila dah lalui sendiri sebenarnya mudah tapi kalau tak pernah itu yg jadi susah
    Kakak pernah buat tapi utk syarikat punya. Cara pun lebih kurang cuma ada additional form 24 & form 49 sykt
    Kakzakie Purvit recently posted…Santai di hari mingguMy Profile

  8. bagus info ni eima…
    nice sharing…
    tq tau!!
    wahida recently posted…Restoran Bisik Bisik – Mee Bandung Udang GalahMy Profile

  9. Info berguna ni. Esok mmg sy nk g jpj pun ni. Blh refer pengalaman awk 🙂
    Sheila recently posted…3 perkara yang pasti dihadapi oleh setiap manusia yang hidup di dunia iniMy Profile

  10. Bagus ada info macam ni…kalau nak tukar hak milik kereta, boleh rujuk entri ni 🙂
    puteri kasih recently posted…Kejam! Lelaki Potong Lidah Dan Cungkil Mata KekasihMy Profile

  11. Ok jugak, tak complicated sangat prosedur. Kalau kenderaan yang dah lepas tempoh selamat penggunaan pun kena pegi puspakom juga kalau tak silap.
    Nia Mk recently posted…Petua Awet Muda Dan Langsing Tanpa SuntikanMy Profile

  12. thanks for the info ya.
    Raihanah Ahmad recently posted…Testimoni Vivix untuk SLEMy Profile

  13. TQ sharing..

    Penting ni mana tau ke depan ni akan lalui proses ni.
    Myra Jay recently posted…Anniversary Ke-5My Profile

  14. setakat ni..

    tak tukar apa-apa lagi. hoho
    titan recently posted…Bonus dan Duit BRIM sudah dapat.My Profile

  15. Alongxp says:

    Bagus ada orang share benda camni.. sangat bermanfaat kepada ramai orang termasuk saya… nampak cam senang, tapi… tak berapa nak senang…
    Alongxp recently posted…Poligami? susah? mustahil? tak mungkin..My Profile

  16. Ada jgk dgr psl pembeli x perlu ada nak tkr nama. Tp ms bil nk tkr nama penjual nk pembeli ada sm. Pesal entah. Sengal.
    sal ya recently posted…~ WW #104 ~ Dugaan 2015.My Profile

  17. Arienymous says:

    terima kasih dik atas info yang sangat bermanfaat ini .. maknanya “owner” kereta tu wajib hadir la di JPJ kan? .. k tq

    1. yup, owner kena pergi sendiri ke JPJ.
      emarieys recently posted…Di Sini Gold Coast MoribMy Profile

  18. Mohon tumpang lalu admin..

    Kalau anda ada sebarang pertanyaan berkenaan urusan2 JPJ / Pemeriksaan Puspakom, anda boleh menghubungi saya, Irfan 013 464 1350
    ZADA Associates (Your insurance service provider)

    refer kat link ini ( http://www.mudah.my/vi/42653862.htm )

    1. nak tanya,kalo ms beli kereta,salesman tersilap letak nama pada geran kereta dan kita perbetulkan semula mcmna..isunya begini,sepatutnya nama pada geran adalah nama isteri,loan sahaja nama suami…sekarang salesman tak nak bertanggungjawab..sbb kereta yg terdahulu yg diinsuranskan atas nama isteri,ada baki ncb 55%..jd nk transferkan ke kereta yg baru…macamana ye nk setel

  19. Nanti kalau nak tukar nama boleh lah ikut panduan macam ini.
    Kerja Kosong Kerajaan recently posted…Bagaimana Masuk dan Bina Kerjaya Dalam Sektor SwastaMy Profile

  20. Bagus info ni…tapi tahun 2016 sistem thumb print je..lebih mudah..boleh thumb print asing2..
    Elih Japahar recently posted…Guru Terima RM170,037.20 Sumbangan Takaful SSPN-i Plus Selepas Isteri Meninggal DuniaMy Profile

  21. Anthony says:

    Bolehkah saya buat pertukaran hakmilik kenderaan di JPJ UTC ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge