Assalamualaikum. Hari ini hari Isnin. Betul tak kalau hari Isnin, mood tak berapa bagus? Itu ke yang dipanggil monday blues. Mood tak bagus boleh menyebabkan tekanan ‘stress’ juga kan. Stress sebab bangun awal pagi, hari Isnin paling teruk traffic, perlu pergi kerja, anak-anak pula perlu ke sekolah.

Tekanan di Tempat Kerja

Belum sampai pejabat dah stress apatah lagi bila dah sampai ke pejabat. Ada stress dengan kerja sendiri, ada stress dengan bos, ada stress dengan persekitaran, ada stress dengan kawan-kawan. Banyak penyebabnya. Dah dapat gaji pun ada stress juga, yealah fikirkan ke mana hala tuju duit gaji yang masuk tu.. aliran macam air.

Dua hari Kursus Psikologi anjuran tempat kerja MamaEma. Tekanan stress tak ada sangat pun dengan kerja MamaEma. Maybe orang lain lagi teruk tekanannya..MamaEma join untuk cukupkan kursus 7 hari setahun 🙂 walaupun dah cecah 21 hari dah bilangan harinya..eh, terlebih pula tahun ini..

Dalam kursus ini banyak menjawab soal selidik tentang komunikasi dan diri. Melalui soalan dan jawapan yang dipilih, maka tahulah kita ni dalam kategori yang mana. Macam caragaya komunikasi ni ada tiga kategori iaitu Noble, Socratic dan Reflective. Nak terang pun dah tak ingat… ambil port sendiri punya jer…hehehehe.

Kad Semakan Tekanan Stress

Menariknya, masa kursus ni penceramah ada tunjukkan satu kad semakan tekanan ‘stress’. Letak ibu jari dalam beberapa saat, lepaskan dan terus boleh tahu result dengan kod warna yang keluar pada petak tempat ibu jari. Ramai yang ambil peluang test tahap tekanan stress. Ada dapat result sangat tertekan, ada yang tertekan dan ada yang normal. MamaEma, normal. Orang sebelah MamaEma ‘tertekan’.. ermm, memang dia tengah stress…hehehe.

Seronok pula ada kad semakan macam ni.. memang perlu ada seorang satu. Nak check tekanan pada anak-anak pun boleh. Anak-anak pun ada tekanan juga tau. Contoh, bila kita marah anak, check jari anak dengan kad ni…kita akan tahu anak akan berada dalam situasi mana..kalau tanda merah atau hitam tu…berhati-hatilah.. takut anak memendam rasa jea..MamaEma pun risau juga..

Bola petak hijau tu dipanggil Stress Ball. Ia boleh membantu untuk menurunkan tahap tekanan.. kalau berada dalam keadaan marah.. picit bola beberapa saat..lepas..ulang dua tiga kali…InshaALLAH boleh kawal marah kita tu..

Seorang satu dah ada stress ball.. Yang mana stress..kepal itu bola..bukan baling itu bola. Kad semakan tak dapat, tapi boleh dicari di web lazada.. Kata penceramah ada dijual.. MamaEma pun teringin nak beli..

 

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

18 Replies to “Check Tekanan “Stress” Dengan Sekeping Kad”

  1. Maznee ada tonton satu video yang sangat menarik di youtube

    Antara cara terkini yang terbukti untuk kawal stress & lebih bagus dari makan ubat anti stress

    Ialah meditasi

    Orang barat sekarang ni memang suka bermeditasi

    Bila Maznee hayati, sebenarnya konsep dia sama dengan zikir & khusyuk

    CUba bayangkan kalau orang bukan islam pun boleh dapat kebaikan dari khusyuk cara mereka

    Mesti solat & zikir cara islam yang terbaik

    Kuncinya khusyuk
    Mazni Azmi recently posted…16 Tanda Awal Kehamilan & Alahan mengandung yang wajib suami tahu!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *