Ini Kak Long nak pesan sikit pada adik-adik yang nak mohon kerja.
Zaman kerja dengan zaman belajar ini tak sama yer adik-adik.
Walaupun adik-adik bagus masa belajar, tak semestinya akan bagus masa kerja.
Sebab kita ada lagi orang atas yang muda dan juga yang berusia. Lainlah adik-adik kerja jadi bos saja.
Melalui talian WhatsA adik mohon kerja, lepas itu terus tanya gaji dapat berapa.
Kemain demand adik-adik yea, sakit hati bila Kak Long baca apatah lagi orang yang menerima.
Dapat tinggi pointer tapi tatasusila pun tak ada.
Tak semestinya ada Degree ada PHD adik akan dapat kerja.
Ada yang tak ada Sijil pun boleh bekerja.
Dan Ingatlah, percaya pada rezeki kita.
Cara Mohon Kerja
Mohon kerja ini ada pelbagai cara..tengok pada iklan yang tertera.
Ada melalui emel, ada juga melalui talian maya.
Melalui emel ada caranya, melalui talian lain pula cara dia.
Melalui emel kita hantar resume, melalui talian kita cuma isi borang.
Tatasusila menghantar resume melalui emel pun kena ada.
Bukan ‘semberono’ saja dan bukan dengan ayat-ayat jiwang bercinta.
Hantar resume tanpa sebarang ayat pun salah juga.
Format Mohon Kerja Melalui Emel
Kalau adik-adik tiada emel, create emel..tapi Kak Long percaya sekarang semuanya ada emel. Media sosial adik-adik pun pakai emel kan.
Nasihat Kak Long..alamat emel itu janganlah susah sangat sampai nak sebut pun susah.
Pada ruang subjek, tulis apa tujuan adik-adik hantar emel. Kalau nak mohon kerja, isikan jawatan adik-adik yang nak mohon.
Di bahagian isi kandungan emel, tulislah sedikit ayat-ayat berkenaan tujuan adik-adik..seperti menulis surat rasmi.
Jangan sekali-kali hantar hanya lampiran CV sahaja.
Contoh:
Majikan pun seronok baca, dan nak ambil adik-adik bekerja bila betul caranya.

Lain pula cari kerja dalam talian maya seperti kerja dengan kerajaan.
Semuanya melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dari Gred bawah ke Atasan.
Kecuali ada jawatan yang ditawarkan terus dari Kementerian.
Itu sahaja nasihat dari Kak Long Kelantan.