Blogging

Cara Letak Bloglist Dalam Blog WordPress

Bloglist Untuk BlogWalking

MamaEma ini tidaklah pandai sangat bab-bab tutorial blog bagai. Inipun MamaEma belajar dengan bantuan google. Memandangkan blog MamaEma adalah dari platform wordpress, dah lama MamaEma cari cara untuk letak bloglist dalam blog. Bila dah dapat, MamaEma share status di facebook dah ada bloglist untuk blog emarieys.com, siapa nak masuk list sila tinggal komen. Tapi ramai member MamaEma yang pakai wordpress komen untuk tanya macam mana cara nak letak bloglist dalam blog wordpress.

Sini MamaEma kongsikan cara ringkas saja. Mudah untuk faham. Kalau pakai wordpress, mesti melibatkan plugin. Mesti kena install plugin yang bersesuaian. Dengan menggunakan plugin jugalah, barulah dalam blog emarieys.com ada bloglist.

Step 1

Install plugin RSS Blogroll. Mula tu, risau juga nak install sebab ada tertera Untested with your version of WordPress. Tapi, MamaEma tetap juga install dan ianya berjaya.

Step 2

Lepas active plugin RSS Blogroll. Pergi ke widget, cari widget RSS Blogroll. Dan letak di bahagian yang korang sendiri perlukan. Macam MamaEma semestinya letak di sidebar, mudah nak blogwalking.

Step 3

Masukkan senarai alamat bloglist yang korang nak dalam kotak RSS URLs. Dan pilih samaada nak paparan macam mana.. Korang boleh try and error saja. Nak letak berapa banyak list pun boleh..jika nak letak 5, isikan di kotak maximum Item 5. Kotak Items per feed, yang mana senarai link blog punya post.. If korang letak 2, makanya akan keluar 2 post dari link blog tersebut. Faham ke tak?

Step 4

Save dan selesai.

Ini MamaEma punya senarai bloglist setakat hari ini, ada yang berminat nak join bloglist MamaEma? Berminat tinggalkan link yer. Jika, terlalu ramai, terpaksa MamaEma tolak dengan cara baik dan MamaEma akan letak blog korang kat paparan Link Exchange ini.

 

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

10 Comments

  1. Alhamdulillah dah masuk dalam List… Terima kasih MamaEma..
    Anuar recently posted…Pak Ya Homestay Seri Iskandar PerakMy Profile

  2. WordPress.. mama x penah pakai. Ini utk platform yg Ada domain sendiri ye
    Mama pipie recently posted…Nasi Oreo?My Profile

    1. Ia untuk domain dan hosting sendiri..
      emarieys recently posted…Deco-Deco Raya Untuk Open House Di PejabatMy Profile

  3. walaupun i tak pakai wordpress, tp ni gud info

  4. Wah. Thanks for sharing Emarieys. Nak terus buat bloglist ni jugak la. Selama ni memang tak tahu buat, sebab tu tak ada. 🙂
    Nak apply duduk dalam blog emarieys juga la boleh ? 🙂
    Wan Syahida recently posted…Bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam – Day 2My Profile

    1. sama-sama..boleh
      InshaALLAH.
      emarieys recently posted…Deco-Deco Raya Untuk Open House Di PejabatMy Profile

  5. Waahhh nampak ada nama blog kak azni jugak. Tp performance ok tak? Slow kan speed tak?

    1. hahaha..dah biasa terjah kan… Okey jer setakat ini..loading tak slow.
      emarieys recently posted…Deco-Deco Raya Untuk Open House Di PejabatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge