Bercuti Ke Kota Kinabalu

Hari kedua cuti-cuti di Kota Kinabalu banyak dihabiskan di dalam kereta gara-gara nak pergi banyak tempat. dan antara satu tempat dengan tempat yang lain bukannya dekat..bontot pun kebas-kebas bila duduk lama dalam kereta.

Atas bantuan dari GPS, signboard dan maps yang aku print di opis maka bermulalah perjalanan kami dari Kota Kinabalu menuju ke Kundasang. nak tengok gunung kinabalu. dengan bantuan gps, perjalanan kami memasuki pekan tamparuli. bila lalu pekan bolehlah nampak jambatan tamparuli. dan bila nampak jambatan itu bukannya nak ready ambil gambar pun…tapi tetiba aku teringat lagu jambatan tamparuli nyanyian marsha milan londoh.. dah rugi tak ada kenangan kat sana.

Kundasang

Perjalanan dari KK ke Kundasang hampir dua jam..tapi tak rasa jauh sangat sebab excited tengok pemandangan luar. cuma rasa kelaparan sebab bertolak jam 6.30 pagi tak singgah makan pun. bila nampak kedai di tepi-tepi jalan rasa cam was-was nak berhenti..banyak anjing berkeliaran..tak tahu mereka muslim atau tak..nasib baik ada bekalan roti dalam kereta.

shoot dari dalam kereta yang bergerak

 

 

budak yang sedang keboringan..melayan gameslah

 

 

berkabus…

 

 

hampir dua jam perjalanan, akhirnya sampailah di sini..Taman Kinabalu.

nak masuk kena bayar RM 3 seorang.

 

 

Gunung Kinabalu

Entah betul atau tak tempat nak tengok Gunung Kinabalu kat sini…terus bawa kereta pusing Taman Kinabalu.kat dalam naik kereta tak bestlah.kalau jalan kaki konpem letih..jalan sehala. last-last sekali jumpa balik jalan depan. nak park kereta pun susah. penuh dengan van yang nak bawa orang mendaki.

 

Dah dapat park kereta, apalagi kami berphotosoot kat sini. lagipun si azwa kena mandi sebab hanya dia seorang yang tak mandi lagi…hehehe..sejuk sangat air kat sini. sama macam di Cameron Highlands

 

Belakang kami itukah Gunung Kinabalu?

 

 

Antara sekitar pemandangan di Taman Kinabalu…aku dah tak tahu nak merepek apa kat sini..korang layanlah gambar yer..

 

 

budak yang semakin notti

 

 

azwa dah tukar baju…dah siap mandilah

 

 

cucu-cucu tokbah

 

 

eh3x, nak juga aku selitkan

 

 

nak ronda mana..boleh tengok kat sini

 

 

betul ke azwa arahnya?

 

 

sebab perut dah lapar, ingat nak makan di restoran kat bawah tu..tapi tak jadi sebab takut mahal..hehehe…berlaparlah lagi…

 

 

mereka-mereka yang mendaki gunung

 

 

tak lama pun kat sini..terus kami pergi destinasi lain

 

 

tiga destinasi lagi kami pergi di hari kedua

 

tunggu yer!!!!

 

About emarieys

Ema has written 1139 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge