Loading...
Sekolah

Cara Daftar Sekolah Anak Tahun Satu

Salam Semua

tuan blog sedang bercuti

lagi satu minggu sekolah dah nak buka
tapi tahun depan sekolah buka hari rabu kan
tapi kenapa yer?

oh yea, Azwa tahun depan baru 6 tahun (tengah fikir nak sekolahkan kat mana lagi)
tapi ema dah daftarkan untuk 7 tahun sekolah tahun satu 2013
daftar awal kerana takut sekolah yang nak itu sudah penuh
lagipun pilihan utamanya dekat dengan rumah

elok sangat daftar awal
taklah nak berkejar sana sini
lagi senang kalau dah bawa segala keperluan yang sekolah itu nak
apa yang diperlukan di semua sekolah adalah sama belaka

dokumen yang diperlukan untuk daftar

1) surat beranak anak yang ori ( sebab sekolah akan cop kat belakang menandakan kita dah daftar kat sekolah sana)

2) salinan surat beranak anak

3) salinan kad pengenalan ibu dan bapa

4) salinan bil air/letrik (sekolah nak tengok alamat tempat tinggal jer)

5) salinan surat anak lain sekolah yang sama (kalau ada abang atau kakak yang sama sekolah) . tapi tak berapa pasti surat macam mana.

itu saja. senangkan.terus bawa. isi borang kat sana terus hantar. tak perlu nak ulang pergi mari.

kat Selangor dan Putrajaya daftar pakai online je. cuma KL yang belum buat lagikan.

notajari : sekolah bestari untuk tahun satu ada ke?

About emarieys

Ema has written 1169 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE