Donut Bebola Isi Kentang
Sejak dua menjak ni rajin pula kongsi resepi kan. Padahal bukan rajin sangat masak. Kalau masak pun, lauk mesti ulang yang sama..masak pedas merah, bakar..masak pedas merah bakar… tukar bahan utama saja. Yang kerap sangat masak sotong masak pedas, udang masak pedas, telur masak pedas, ikan masak pedas.. bakar pun samalah juga.
Pagian yang mendung ni, macam tak ada entri nak story lah kan. Sambi layan lagu dan godek-godek album ternampak gambar donut bebola kentang depan mata. Terus datang idea. Dari tak ada benda nak share, baik share resepi.. traffic pun lebat. hahaha. ke situ pulak dah… traffic blog MamaEma pun sendu jer. Rugilah kan setahun sekali kena bayar domain dan hosting tapi tak ada post entri setiap hari.
Resepi Donut Bebola Kentang
Senang saja resepinya, sama macam nak buat donut biasa. Cara nak buat donut bebola isi kentang ni MamaEma pun ambil dari blog-blog masakan juga. Terima kasih yer. MamaEma buat doh untuk donut ni, malam sebelum bercamping di hujung minggu. Esoknya, bawa doh yang dah kembang, menggoreng di tepi pantai. Best sangat.
Bahan-Bahan
Sebab MamaEma tak pakai apa-apa penimbang, MamaEma tak tulislah gram ke apa. main agak-agak jerlah.
- Tepung gandum
- Kentang – direbus dan dilenyek (MamaEma pakai dua biji kentang – saja nak habiskan)
- Sedikit susu tepung – pakai susu tepung Ayra cap Dutch Lady
- 1 biji telur
- Air suam
- Marjerin/butter – pakai marjerin
- Gula pasir
- Separuh paket yis yang 11 gram
Cara-Cara
Satukan semua bahan satu persatu. Uli-uli hingga doh nampak cantik. Biarkan sejam dua..untuk doh kembang. MamaEma simpan dalam peti ais sebab nak goreng esoknya.
Rupa doh yang dah kembang. bau doh pun macam bau roti. Awal pagi gerak ke Bagan Lalang, Sepang. Sampai sana, cari tempat dan pasang khemah. Rileks-rileks kejap..barulah MamaEma gentel-gentel doh jadi bulat-bulat. Itu pasal nama komersil bebola. Masa nak jadikan bulat-bulat tu, MamaEma sapu-sapu dengan sedikit tepung. Tak bagi melekat kat tangan. Sambil menggentel sambil melilau mata tengok anak-anak mandi pantai.
Dah siap pun donut bebola isi kentang dari MamaEma. Special sangat masak tepi pantai. Rangup di luar lembut di dalam. Goreng pun tak perlu lama…dah angkat taburlah gula. Itu saja. Senangkan.
nampak sedap tu ha..
Suria Amanda recently posted…Melayan Mak Enon Pok Pek Di Hujung Minggu
Bukan nampak sedap. Memang sedap. Saya dah cuba.
Kalau makan time hujan2 dengan kopi/teh, pergh nikmatnya dunia..
dedauncomel.com recently posted…Cara Mudah Detoks Tubuh Badan Anda
Pakai kentang memang donut jadi gebu kan ema.
.
?
Mazniazmi recently posted…Checklist aktiviti untuk ibu mengandung bijak. Minggu 12
sedapnyaaaa…
tq for sharing..
blh cuba jugak nnti
sedapnyaaaaa….nnt nak try la…tq emma
wahida recently posted…Hokkaido Baked Cheese Tart: cheese, chocolate, durian
macam best je tu dan senang pun senang nak buat kan
Sedapnya…. Boleh cuba ni.. terima kasih
Wan Syahida recently posted…Kesihatan Adalah Kekayaan Sebenar
ya Allah.. rasa lapar pulak tengok gambar je pun. esok pagi nak terus cuba! 😀
wah sedapnya, buat bebola kecik-2 ngap terus masuk mulut! hihi boleh bookmark untuk buat nanti 😀
Nur Alja recently posted…Syok Sunday Family Day D’kayangan Steamboat dengan Konsep 2 dalam 1 (Steamboat + Grill)
gebu sngat nampak ni
raihanah recently posted…Shaklee dan Diabetes: Apa Anda Perlu Tahu
tgk cara kak masak memang senang dan nampak sedapnya hehe