Cara Bebaskan Anak Pakai Pampers atau Lampin Pakai Buang

Persandingan di Machang21

 

Umur anak bebas pampers.

Kakak Azwa bebas pakai pampers masa umur 2 tahun lebih sebab umur 4 tahun dia dah mula sekolah. Cuti hari minggu baru berpeluang untuk saya tak pakaikan azwa pampers. Kalau rumah pengasuh memang sentiasa pakai. Bila saya tanya “kakak, nak weewee tak? kalau nak weewee kena pergi bilik air”. Dia angguk saja. Tapi ada sekali dia terweewee juga dalam seluar..bila dah weewee baru dia cakap. Apa yang saya buat saya marah kat dia “kakak tak boleh weewee kat sini (ruang tamu), kakak kena weewee dalam bilik air”, kalau tak kakak tak boleh sekolah”. Lepas dua kali je dia terweewee dalam seluar, lepas itu terus bagitahu nak weewee. Saya cuba untuk waktu malam pula, sebelum tidur pastikan dia weewee dulu. Kadang-kadang kalau dia nak weewee tengahmalam, dia pergi sendiri. Boleh buat orang terkejut tetiba ada kelibat kecil masuk dalam bilik.

 

Persandingan di Machang22

 

Aqeel sekarang umur 5 tahun baru bebas pampers waktu malam. Kalau siang memang dah lama dia tak pakai, cuma setiap malam saja dia pakai. Sejak dia dah tak minum susu, dia tak akan weewee waktu malam biarpun dipakaikan pampers. Sebelum tidur kena kasi dia weewee dululah, takut terweewee atas katilkan.

Aqeel

Aqeel sekarang langsung dah tak minum susu botol. Masa balik kampung sebelum buka sekolah, kasi botol susu kat mak sedara. Mak sedara ada sapu daun-daun herba pada botol susu aqeel. terus dia tak nak botol susu sebab bau busuk. Tapi saya buatkan juga susu dalam cawan, minum seteguk dalam dua tiga kali saja, terus tak nak. katanya “tak sedap”. Saya kesian juga kat dia, sebab dalam badan macam tak ada kalsium susu pula. Kini, saya berikan dia susu Dutch Lady dalam kotak yang terus diminum. Masa mula-mula nak bebaskan susu botol, dia ada juga berbunyi nak susu dalam botol tapi kitaorang cakaplah botol susu ada kat rumah tokma machang. Kat rumah pengasuh pun, saya minta pengasuh sorokkan botol susu. Tak tahulah dugaan dia di rumah pengasuh macam mana sebab orang lain semua masih minum susu botol.

Cara lain bebas pampers.

Lain orang lain caranya. yang penting kita kena selalu ingatkan anak-anak untuk weewee dalam bilik air, dan ajarkan anak untuk tidak memakai pampers di siang hari. Kalau dia tetap weewee, janganlah pula kita terus putus asa dan pakaikan pampers balik. Anak-anak pun perlukan ruang dan masa untuk belajar.

 

Maksud ‘weewee’ itu untuk buang air kecil.

 

About emarieys

Ema has written 1139 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge