Product Review

Cara Atasi Masalah Anak Kurang Selera Makan Dengan Himalaya Bonnisan

 

Anak kurang selera makan? Mak mana yang tak risau dengan anak yang tidak mahu makanĀ  dan berat badan pula semakin menurun. Masak itu tak nak, masak ini tak nak. Bagi itu tak nak. Bagi ini pun tak nak. Banyak yang ditolak dari dimakan. Risaulah kan.

Supplement untuk anak

Anak-anak masa lahir semua badan semangat tau. Tapi bila dah meningkat besar ni, semakin kurus pula. Yang kakak tiada masalah. Tapi abang dan Ayra nampak sangat kurang selera nak makannya. Abang pula dah kurus walhal masa lahir dia paling tinggi beratnya hampir 4kg. Ayra pula jenis yang memilih bab makan.. kadang-kadang stress nak bagi makan apa.

Buntu lah juga aku, nak harapkan kenyang dengan minum susu sampai bila. Memang sebelum itu, aku tak pernah bagi apa-apa supplement untuk anak-anak. Lebih banyak kepada tidak yakin. Aku google dan bertanya dengan kawan-kawan yang ada masalah anak kurang selera makan. Dan mereka cadangkan untuk mencuba Bonnisan dari Himalaya.

Baca: Produk Himalaya Kegunaan Harian

Aku memang pakai produk dari Himalaya dan percaya dengan produk ini. Aku pun bagilah Ayra minum Bonnisan, supplement untuk anak-anak dari 2 tahun ke atas bagi menaikkan selera makan. Hurmmm, ada satu kerisauan pada aku sebab Ayra jenis yang susah nak makan ubat. Nak suap ubat, mesti kena kepit dia di celah kaki, dan paksa buka mulut. Barulah dia telan.

Baca: Kurang Susu Badan, Atasi Dengan Shatavari Himalaya

Tawakal. Bawa balik rumah aku buka botol dan tunjuk pada Ayra. “Adik, adik kena makan ni..sedapppp”. Teknik memujuk aku untuk bagi Ayra makan. Sebab ini kali pertama untuk dia…okey mudah saja dia buka mulut dan minum. Tapi terus dia minta air…hahahaha. Hari seterusnya, memang kena kejarlah dia.. dia dah tahu kena makan Bonnisan tu. Jangan risau yea, kalau dengan cara mudah tidak berjaya.. teruskan dengan cara kedua. Masukkan sedikit ke dalam air minuman seperti jus. Tanpa sedar dia dah terminum bersama Bonnisan sekali sebab rasa bonnisan tidak menggangu rasa jus itu. Yes, cerdik tak aku.

Kesan selepas minum Bonnisan

Tak sangka, dalam masa beberapa hari boleh nampak kesannya. Masa makan, “Ma, cikkk (Mama, nasi)”. “Adik, nak nasi lagi?” “Ho (sambil angguk kepala)”. Yea, Ayra makan bertambah. Syukur. Walaupun tidak ubah untuk makanan yang lain, tapi selera makan dia ada peningkatan. Nak tengok perkembangan abang pula selepas ini, sebab abang punya baru bagi semalam.

Korang yang ada anak yang susah nak makan, boleh cuba bagi Bonnisan ini. Rasa dia lemon pahit-pahit sikit. Tapi tak perlu risau pula jika anak yang jenis susah makan ubat nak minum Bonnisan..cuba cara kedua yang aku terangkan tadi. Okey.

 

Di mana nak dapatkan Bonnisan atau produk Himalaya yang lain? Sila dapatkan di farmasi berdekatan atau

www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia

atau

www.instagram.com/HimalayaMalaysia

atau

outletĀ Himalaya Malaysia.

 

About emarieys

Ema has written 1159 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

7 Comments

  1. best.. anak anak ina pun makan juga. sangat berkesan..

  2. Legakan kalau anak dah mula berselera makan.

  3. Happy sangat bila anak dah mula mintak makan..anak Sal pun sama la..payah nak makan..bila dah bg bonnisan..alhamdulillah

  4. jom gemukkan ank anak kita hahah

  5. Nasib baik anak boleh telan

  6. Baru mama tau Himalaya Ada produk supplement juga rupanya

  7. Himalaya juga ada produk yang macam ni,hebat la.Terima kasih atas info itu ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge