Assalamualaikum. Korang kaki camping? Pernah camping di Janda Baik? Best tau korang, camping di Sungai Kuali Camp Site, Janda Baik, Pahang. Tambah lagi bawa anak-anak tak tidur malamlah mereka.
Sabtu dan Ahad lepas, MamaEma sekeluarga bercamping di Sungai Kuali Camp Site. Bawa dua orang anak saudara sekali. Nak bagi diaorang seronok bermain air terjun. Asalnya nak camping di Sungai Pauh, Cameron Highlands tapi ditutup sehingga bulan Februari 2018. Macam biasalah bawa khemah dan bekalan makanan untuk masak dan bbq. Inipun last minute plan, whatsapp owner SKCS ada kekosongan ke tidak. Alhamdulillah rezeki kami ada. Terus booked melalui whatsapp.
Sungai Kuali Camp Site, Janda Baik
Dah sampai, anak-anak biasalah kan bila dah nampak air. Terus tukar baju mandi..tak sabar-sabar walaupun tahu akan bermalam di sini. Kira sampai awal, itupun dah ada orang lagi awal. Memang dah aim nak pondok betul-betul tepi sungai. senang nak kawal dan tengok anak-anak mandi.
Jika jenis yang tak suka camping dalam khemah, ada juga chalet untuk disewa. Ada yang jenis gazebo dan ada yang jenis satu pintu. Boleh masak di ruang yang sediakan. Jambatan yang boleh dilalui kereta, van dan lori kecil. Ada dewan untuk reunion. Ada padang untuk sukaneka. Persekitaran yang bersih dan luas. tandas sangat bersih dan yang penting owner sangat baik hati.
Takut tidur malam dalam hutan? Tak takut pun sebab ada ramai orang yang camping..yang berbbq. Suasana di malam hari. Setiap pondok ada lampu. Tidaklah gelap gelita. Sederet 4 pondok penuh, kami sekeluarga pondok pertama..yang lain-lain 3 pondok dari satu keluarga. Oh yea, pihak SKCS ada sediakan khemah untuk disewa juga.
“Tak best tidur dalam khemah, panas”. Belum merasa dah mengeluh. Susahlah kan. Memanglah tidur dalam khemah tak selesa seperti tidur di hotel, tidur atas tilam sendiri. Tapi tidur di tepi sungai, gigil beb. Masa tidur okey lagi, dinihari memang sejuk sangat. Mamai cari kain untuk selimut. Anak-anak tarik kain toto yang dilapik buat selimut. Hahaha. Ambik, masa tidur tak berbaju kononnya panas.
So, next boleh sambung camping lagi. Murah pun murah. Bayaran RM50 sahaja untuk sewa satu pondok bagi satu malam di Sungai Kuali Camp Site, Janda Baik. Eh, korang pun patut rasai sekali tau. Korang nak cuba boleh whatsapp 013-9620089 – owner SKCP.
tak pernah camping lagi. Mungkin boleh cuba ni..
Lynda Che Lah recently posted…2,000,000 Big Point ~ Kempen `AirAsia Open Doors’
Tak pernah join camping! Bestnya.. Tidur dalam khemah pun tak pernah lagi
Wah ibu dah lama plan nak camping di janda baik
Tak tercapai je lagi
Ini dah kena tiupan angin semangat dari ema
memang ibu kena singgah juga ni, selain tu kan
Janda baik ni temapt kediaman Puan Ainon yang pandai meniaga. Pengasas PTS dan ABS
Ibu Zaid recently posted…Tempat Jalan di Melaka – 8 Lokasi Menarik Untuk Bercuti!
Bersih betul air sungai tu
Mesti syok dapat mandi dalam tu awal awal pagi
Kena hati hati kepala air saja
Mazni Azmi recently posted…Rahsia kulit cantik putih gebu wanita korea! Flawless macam baby. No 6 Paling Kelakar