Bawa anak-anak bercamping di tepi pantai Bagan Lalang, Sepang. Seronoklah anak-anak kalau bab berjalannya. Exited lain macam. Ini cuti tiga hari bersambung..cuti hari Thaipusam yang jatuh hari Ahad dan bawa ke hari Isnin…. alang-alang cuti 3 hari kan. mamanya pun suka laa bila cuti bersambung macam ni..jimat cuti rehat mama.
Family Camping di Bagan Lalang, Sepang.
Gerak dari rumah pun tidaklah awal pagi sangat..tidak rushing biarpun anak-anak asyik bertanya “bila nak gerak..bila nak gerak”. Persiapkan barang-barang yang nak bawa seperti khemah, peralatan masak, selimut, toto, pakaian dan yang seangkatan dengannya. Nak camping satu malam jer tapi tengok pada barang yang dibawa penuhlah juga bonet kereta.
/
Pantai Bagan Lalang
Masa sampai di Bagan Lalang ni, air pantai dia tengah surut..ada dekat 500 meter jauhnya. Tengok air laut mulalah mood macam down sikit laa…‘alos, jauh benar air masin ni, nak mandi macam mana, tak kan nak berjalan jauh dengan panah tingting gini’ . Tengok orang pun tak ramai. Semua tengah lapar, berhenti makan tengahari kedai makcik dekat kawasan situ. Ok, harga murah.
Lepas makan terus gerak cari port sesuai untuk pasang khemah. Mula-mula pergi ke tapak perkhemahan, hujung pantai. Ada beberapa khemah yang dipasang..tapi sebab jauh dengan tandas, tak jadi kat situ. Pusing balik cari kawasan strategik. nak dekat dengan tandas dan surau. Okey ada satu port kosong bawah pokok. sebelah nya ada pondok, tapi ada orang tengah rehat. dan sebelah satu lagi ada khemah dah siap pasang. Mr.ery pun tegur brother tuan khemah sebelah tu “tidur sini ke?” “a’ah” “dari mana bang” “dari seremban, tidur sini?” “a’ah” . So, lega laa ada orang yang akan bermalam kat situ juga. Apa lagi bawa turun barang dan pasang khemah terus. Baru dua kali pakai khemah ni.
Masa tengah pasang khemah ni, angin tiup deras. Khemah tak stabil dan nak terbalik. Boleh terbang khemah ni, terbang tu satu hal, takut melayang bawa dek angin jer. Lepas letak beg dan batu dalam khemah, baru stabil sikit. Itupun kena pasang tali buat penahan. Hye dua beradik ni, panas berdeting ada di kisahnya… tak sabar nak mandi…mana nak kasi…tengoklah hujung mana air laut tu..nunn jauhnya.
Lena pula si Ayra ni tidur. panas terik pun tapi angin deras. buka penutup khemah memang sedaplah masuk angin semulajadi.
Seberang jalan tu jer surau dan tandas. malam-malam pergi pun tak rasa takut. Sambil tunggu air laut pasang tu, masing-masing main layang-layang. dalam jam 4.00 petang baru nampak air semakin dekat.
Dah bangun pun Ayra, aku nak buka mata pun silau dek sinaran matahari. Tengok orang belakang tu buat apa?
Tengah menggoreng karipap segera laa. Dapur segera, dapur bbq semua bawa dari rumah.
Time ni dah lewat petang. Ayra pun dah siap mandi. Tidaklah mandi air laut, bawa mandi kat tandas dengan bayaran RM0.60 sahaja..okeylah tandas pun bersih.
Air dah mula dekat. Anak-anak pun dah siap mandi air laut lepastu air bersih.. malam-malam pun masih ada yang mandi laut.
BBQ Malam Camping
BerBBQ lah kami anak beranak malam tu. Beli ikan segar kat kedai ikan. Dekat dengan pantai bagan lalang ni juga. Ikan segar memang sedaplah layan..bakar kosong jer tanpa letak perencah. Di tengah malam air surut time tu ramai yang turun ke laut cari ketam..nampaklah nyalaan lampu picit sana sini situ .. macam pesta pula.
“ada rumah, tapi nak tidur dalam khemah, pelik sungguh”.. hehehe..tapi sekali sekala camping gini seronok juga…asyik tidur beraircond jer…ni kita ajar anak-anak tidur tanpa aircond. Bagaimana rasanya.. Memang tak boleh nak tidur. Diaorang sakan berpeluh dan berlengah badan. Sekejap-kejap beralih arah kipas yang sambung dengan power bank tu. Malam tu boleh dikatakan agak happening juga, ada karaoke kereta sampai jam 4.00 pagi. Eeermmm, entah siapalah yang menyanyi tu..ramai yang datang semata-mata nak berBBQ…pondok sebelah sampai 6 kali bertukar orang…ada pula yang datang pasang khemah jam 4.00 pagi pun… hahaha itulah manusia lain orang lain perangainya.
Sesiapa yang nak try camping tepi pantai macam kami anak beranak ni baik pergi hari weekend atau cuti sekolah. salah satu sebabnya, orang ramai camping. tak ada rasa takut dan selamat. tandas pun beroperasi 24 jam time weekend. restoran pun banyak kat pantai bagan lalang… alang-alang dah camping kan, BBQ lah paling syokkk.
nanti cuti sekolah nak cuba
anah recently posted…Kepentingan Facial Wajah
cuti sekolah happening…
emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang Sepang
budak kecik ayra nih kena culik nih kang.. comel sangat…
zik recently posted…Sah!! Harga kereta Proton Naik, berkuat kuasa 15 februari 2016
isssh, jangan tak baik.
emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang Sepang
camping berapa hari berapa malam nih.
banyak nyamuk tak?
hehe
titan recently posted…Ich brauche etwas Ruhe
camping satu malam jer…nyamuk tu tak payah cakaplah…kawasan gelap memang banyaklah..bunyi kat tepi telinga…tapi tak ada pun datang serbu…sekor dua teelepas masuk dalam khemah.
emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang Sepang
Waaahhh, syok ni projek camping sekeluarga ???
Myliferia recently posted…Tingkatkan Imun Tubuh Lawan Penyakit Dengan Nutriferon
bestnya aktiviti mcm ni ema, tak pernah cuba pun camping cenggini bolehla diusulkan pada paknya ni ;), seronok sesekala tidur dalam kemah
ajumohit recently posted…Taman Fantasi, Putrajaya
oo menarik juga ema, nak try la juga
Raihanah Ahmad recently posted…Fakta Yang Anda Harus Tahu Tentang Virus Zika
seronok kak…nanti cubalah.
emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang Sepang
Bab bercuti ni memang anak-anak paling teruja, usah kata nak pergi tempat jauh, pergi tempat yang dekat pun dah seronok. Apa ke tidaknya, siap dengan khemah, pelampung dan bekal bagai.. Cuti Tahun Baharu Cina ni boleh dah plan perkelahan.
Anak-anak seronok sebab ianya satu yg baru buat mereka Ema
Apa lagi macam main pondok-pondok siap ada mama/papa lagi mestilah suka:)
Baru sekali pengalaman ke Bagan Lalang tetapi tidak bermalam disana. Mungkin lain kali boleh bermalam bersama famili disana.
akubiomed recently posted…Melihat efek spill over di empangan sungai Selangor
wah bestnya…macam seronok je kan….bawa budak-budak memang mereka akan suka.
Bestnya camping bersama anak2..pasti mereka sangat excited kan..harap2 saya ada rezeki untuk membawa anak2 camping.