ByPass Seafood Kini DiBuka
Restoran By Pass
Restoran ByPass Seafood ini di Pasir Puteh, Kelantan. Kedai makan baru buka. Adik-adik bagitahu sedap dan murah…tapi adakah betul ianya murah dan sedap?
Entah apa yang dibualkan dua beranak ni….
Aku selepas menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Dari pagi hingga lewat petang tak makan.. perut bergendang gendut minta diisi. Bukan lama pun nak bertanda pangkah itu tapi lama untuk dapatkan apa yang dijanjikan.
Balik mengundi dengan Aqeel saja…kesian si Aqeel, dari pagi lagi duduk dengan ciksu..
Ini somtam…ek eleh macamlah korang tak kenalkan…lauk yang sampai dulu
Dan antara makanan yang diorder…semua ada ayam..kalau mr.ery ada konpem tak order ayam.
Total semua : RM 49.80
Bintang 3/5 saja.