Loading...
Solution

Buruknya bas.

Dah banyak kali naik bas balik Kelantan. Macam-macam syarikat bas dah naik. Ada naik bas dari Mahligai Ekspress, Mutiara, Sani, Darul Naim dan lain-lain. Tapi naik bas dari syarikat t****** ini dah dua kali dan dua kali juga naik bas yang agak tak puas hati. Kalau tak fikir nak balik ke KL dengan kereta adik, memang tak naik pun bas. baik bawa kereta sendiri. last minit punya plan balik kampung.

Sampai kat Stesen Putra, bas t****** ini dah ada. Memandangkan masih awal jam 8.00 malam tak agak pun bas t****** akan aku naik sebab perjalanan aku jam 9.00 malam. Lagipun di depan bas tak tertulis pun destinasi ke mana bas dituju hanya tulis Kuala Lumpur saja. Bila aku tengok dari luar bas t******, ermmm, tak ada bas lain ke nak bawa?. Jam 8.45 malam diumum bagi perjalanan ke Pengkalan Kubor dan KB naik bas t****** ini, aku lega. Dan diumum pula perjalanan ke Machang-Pasir Puteh-Jerteh naik bas t****** yang sama, aku kata eh, naik bas sama?

Pertama aku tengok bas t****** dari luar dah tak puas hati. Kedua bila aku dah masuk dalam bas mula buat sakit hati..tak ada nombor tempat duduk. duduk ikut suka hati. Bas t****** dua tingkat, sudah semesti tingkat bawah orang akan berebut..dah penuh bawah terpaksa naik ke atas. Bila hati dah panas, mulalah dimata semua tak kena.

Tengok jarak antara kerusi, sempit sangat. Lebih-lebih lagi bila orang didepan baringkan kerusi ke belakang sedikit terus tak boleh nak lalu..rapat dengan lutut. Penghawa dingin tak sejuk padahal perjalanan malam. Langsir tak terurus. sampah dalam poket kerusi. Kerusi tak berfungsi tak boleh nak baring.

tempat duduk sempit

Ini perjalanan untuk 7 atau 8 jam bukan perjalanan setengah jam. Pengusaha bas t****** tolonglah ambil berat sikit dengan perkhidmatan bas korang ini. Jangan korang hanya fikirkan keuntungan tak fikirkan keselamatan dan keselesaan penumpang.

Tolonglah mana-mana pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan keadaan bas bagi perjalanan yang jauh ini selamat dan selesa. Tak guna naikan harga tiket tapi keadaan bas yang membuatkan penumpang sengsara. Sakit urat pinggang, lenguh urat kaki, kematu bontot, dan sakit kepala bila keadaan bas yang tak selesa untuk jarak jauh sebegini rupa.

Lagi satu, masa jual tiket tolonglah bagitahu bas yang korang sediakan untuk setiap perjalanan samada setingkat atau dua tingkat. Ini cakap bas setingkat yang sampai dua tingkat. Di tiket ada nombor tempat duduk, dalam bas carca marba punya tempat duduk. Tak dapat aku bayangkan bas syarikat sama perjalanan 12 jam dari Kelantan ke Kluang yang lebih teruk keadaannya.

Dah serik nak naik bas dari syarikat ini. Banyak lagi pilihan yang lain.

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge