Beza cara belajar anak perempuan dengan anak lelaki ini.
Anak perempuan bila suruh baca ABC sehingga habis okey..berjaya…bila suruh bilang 123 sehingga 10 pun okey juga..
Tapi bila suruh anak lelaki baca ABC dan bilang 123…langsung tak tunjuk minat…buat apa cara pun memang tak nak..setakat ABC dan 123…seterusnya mulalah mengarut….
Cuma bila dipastikan anak lelaki ini suka belajar dan mengenali sesuatu dengan cepat dengan cara kenali binatang, barang, dan tubuh badan.
Anak lelaki tahu itu binatang apa, kucing, harimau, tikus, ayam, kuda dsb.
Satu hari si ayah ajarkan anak dan tunjuk anggota badan yang ada
Si ayah : tunjuk ‘mata’
Si anak : mata
Si ayah : tunjuk ‘telinga’
Si anak : telinga
Si ayah : tunjuk ‘gigi’
Si anak : gigi
Si ayah : tunjuk ‘rambut’
Si anak : rambut
Si ayah : tunjuk ‘janggut’
Si anak : rambut dagu
Si ayah : tunjuk ‘dada’
Si anak : rambut dada
Si ayah : tunjuk ‘kaki’
Si anak : rambut kaki
(time ni masing-masing tahan nak gelak)
Si ayah : tunjuk ‘ketiak’
Si anak : rambut ketiak
selama ini, segala jenis yang berbulu si anak lelaki sangkakan ‘rambut’
aduhaii… anak lelaki ku Aqeel Syafiq.