Penangan Bulan Sukan Negara, sakit habis segala urat sendi. Huhuhu.
Salah diri sendiri, dah lama tak bersenam..bukan salah pada sukan.
Sepanjang Oktober ni adalah bulan sukan negara.
Apa-apa acara sukan pun.
Jalan kaki, panjat bukit, panjat gunung, masuk hutan, aerobic, bowling, bola sepak dan macam-macam lagi.
Yang mana ia mengeluarkan peluh, kira sukan lah tu.
Tiada Kemudahan, Sukan Tetap Jalan
First time aku kat sini, sambut hari sukan negara.
Tahun ini, hanya menyambut di Kedutaan saja…Walaupun serba kekurangan kemudahan bersukan, tetap meriah kami menyambutnya.
Sebelum ini, opis pernah mengadakan aktiviti perlawanan bola sepak di Bluezone, satu-satunya tempat rekreasi yang ada kat sini dan berbayar.
Hujan sebelum hari esok, tak patahkan semangat.
Dugaan, elok siap lakaran gelanggang, tetiba hujan turun selebatnya…sekelip mata garisan hilang dari pandangan.
Kenangan lakaran gelanggang sebelum turunnya hujan. Semangat itu penting.
Aktiviti Malaysia Sports Challenge di Malawakil Conakry.
Komuniti kecil, semangat sukan itu besar.
Awal pagi mula dengan senamrobik..perghh..lasak punya senamrobik.. pancit habis.
Aktiviti kedua- Badminton.
Lelaki dan Perempuan.
Wanita cukup 4 orang, main beregu.
Punya lamanya tak pegang raket dan bulu tangkis, seingat sejak dari sekolah menegah. Belasah jer main..tak kisah yang mana start dulu, yang mana kemudian..yang mana sepatutnya kena pass kat pihak lawan.. Pengadil pun pening…hehehe.
Yang team lelaki pun sama juga.
Aktiviti ketiga- Futsal.
1 team 4 orang..entah team siapa yang menang. Bersungguh-sungguh diaorang ni main. Seram pula aku tengok..sepak bola tu macam sakit jer bila kena.
Anak-anak pun tak terkecuali..mengeluarkan peluh.
Sebahagian family Malawaki Conakry.. walaupun tak ramai..tetap havoc.
Paling syok semua sporting habis…layan.
Nak tahu setara mana tahap havoc dan sportingnya semua..layan video bawah ni:
wah..best jgk hr sukan kt sana..tak rindu malaysia ke emma..hihi
rindu sangat cik nor…huhuhu
emarieys recently posted…Ten Ten itu Shopee..but 10.10. itu My Anniversary