salam
semalam, balik dari kerja si kakak menjerit-jerit dari jauh – saya tengah tunggu jalan clear nak melintas
kakak : mama..mama…kakak dah dapat buku baru…
saya : dah dapat…banyak ke?
kakak : banyakkk mama… berat kakak nak bawa
saya : alahai siannya… nanti mama tengok yer…
selepas siap masak dan tidurkan si adik
barulah saya berpeluang tengok buku-buku yang kakak dapat dari sekolah
sebulan lebih baru dapat buku-buku ini semua
baju sekolah saja yang belum dapat lagi
punyalah banyak jenis buku-buku untuk Pra-Sekolah yer
patutlah beg-beg sekolah cepat rosak…
buku pembelajaran untuk budak-budak sekarang ni pun dah macam-macam
kecil-kecil dah belajar Sains, Kemanusiaan, Matematik, Moral, Jawi, Islam….
Sains sampai 2… English pun 2..
mana tak kesian dengan budak-budak kecil bawa buku-buku ini semua
berapa buah buku tu?
banyakkan….
tak apalah kakak
susah dahulu..senang kemudian
yang penting kakak kena pandai-pandai dan rajin-rajin
jangan hampakan mama dan ayah yer…
tahun ini, banyak buku-buku baru yang diberi
siap ada sediakan cd pembelajaran lagi
jam 11.00 malam baru selesai balutkan semua buku-buku kakak tu
dah pesan kat kakak supaya jaga elok-elok dan buat tulisan cantik pada buku
agak-agak tahun depan bagaimanalah pula buku-buku untuk Pra-Sekolah ni yer…
sekarang pun dah banyak…tahun depan mungkin bertambah lagi kan…