Buka Puasa di PNB Perdana Sambil Menikmati Pemandangan Indah KLCC dan KL Tower Dari Tingkat 39

Buka puasa di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur sambil menikmati pemandangan indah bangunan KLCC dan KL Tower di waktu malam dari tingkat 39.

PNB Perdana Kuala Lumpur

PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur (dahulunya dikenali sebagai PNB Darby Park Executive Suites) yang terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas dan jalan utama di bandaraya Kuala Lumpur, menawarkan pilihan penginapan sesuai bagi ahli perniagaan dan juga yang berkeluarga. Terdapat 338 unit apartmen terdiri daripada unit ‘Studio’, ‘Superior’, ‘Deluxe’, ‘Premier’ dan ‘Lifestyle Residence’ di mana kemudahan setiap unit dibezakan melalui tingkat ‘Premier dan Club’.

Untuk buffet ramadhan kali ini, PNB mempunyai dua tempat untuk buka puasa iaitu di Restoran 10Binjai yang terletak di aras 1 yang menawarkan selera tempatan dan  antarabangsa . Manakala di The 39 Restaurant di tingkat 39  yang menyediakan masakan Melayu dan menjadi pilihan pengunjung kerana dapat  menikmati pemandangan indah Taman KLCC. Menjamu selera di dalam restoran ataupun di luar restoran yang lebih santai. Terdapat juga ruang makan yang lebih privasi untuk tetamu yang inginkan suasana romantik.

Menu Bufet Ramadan

Seleksi menu yang mampu membangkitkan selera menu utama yang terdiri daripada Nasi Minyak Badam, Ayam Masak Merah, Daging Salai Percik, Ikan Pari Asam Pedas, Sotong Lemak Cili Padi dan Kacang Panjang goring taugeh tidak dilupakan kambing bakar bersama sos istimewa, Ayam Golek Madu Lembah Pantai serta seleksi pilihan seafood untuk sajian grill.

Aneka sajian kerabu yang terdiri daripada buah-buahan dan salad juga disajikan. Pastinya terasa teruja untuk merasai hidangan makanan lazat penuh khasiat sebagai menu berbuka puasa untuk seisi keluarga dan rakan-rakan.

Yea, dan itu semestinya. Semalam aku bersama keluarga menikmati juadah berbuka puasa di 39 Restaurant, Tingkat 39. Aku saja pilih untuk tingkat atas sebab nak bagi anak-anak tengok panorama bandaraya Kuala Lumpur yang pesat ini. Antara menu yang aku snap untuk goda korang yang baca entri ini.

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

Anak-anak suka makan nasi lemak

Bukan anak-anak jer, aku pun makan nasi lemak. Sambal sotongnya sangat sedap. Ambil sedikit-sedikit untuk rasa semua juadah, tapi itupun ada yang tak dapat nak rasa sebab perut dah kenyang. Tak baik membazir tau.

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

Sate ayam dan daging berulang-ulang aku ambil. Kuah kacangnya pun sedap.

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

Pilihan Mr. Ery semestinya yang grill

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

Anak, makanan yang diterkam dulu adalah cake. Handsome pula tengok abam Aqeel kan…eh.

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

Bagusnya, dibahagikan bahagian mengikut menu. Barulah tidak sesak bila masing-masing mengambil makanan.

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

Nasib tak jatuh hanpdhone masa snap gulai kawah dan kari kepala ikan dalam periuk besar

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

Ada privacy

Sesetengah orang tidak suka dengan tempat yang sesak dan menjadi laluan orang untuk mengambil makanan. Tapi tidak di 39 Restaurant. Sangat tenang dan ada bilik yang privacy dan ada ruang santai di luar. Boleh pilih nak suasana bagaimana. Anak-anak pun behave dan dapat menikmati juadah di atas meja. Kredit gambar pada Kak Azni

Kemudahan solat berada di aras 5. Tinggalkan sekejap meja makan, selesaikan perkara wajib dulu dan sambung balik menikmati juadah. Alhamdulillah, PNB Perdana menyediakan kemudahan solat yang selesa dan luas tidak seperti hotel-hotel bertaraf 4 bintang yang lain. Kita sambung pula dengan makanan pencuci mulut yang ada.

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

buka puasa pnb perdana kuala lumpur
Ais krim potong pelbagai perisa

Dah berapa batang aiskrim Ayra makan ni? 3 batang aiskrim potong perisa teh tarik dia habiskan. Bila tanya sedap ke dik “dapp, sambil tunjuk isyarat best”.

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

Aku suka, bila di tempat makan tergantungnya persijilan halal. Tak adalah perasaan was-was terhadap penyediaan makanan halal di sini.

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

The 39 Restaurant memenangi ‘Best Restaurant 2010’ bagi The 39 Restaurant oleh Malaysia Tatler. Pada tahun 2011, anugerah yang diterima adalah ‘#1 Serviced Residences in Malaysia’ oleh Maverick Media, ‘Best Restaurant 2011’ bagi The 39 Restaurant oleh Malaysia Tatler, MS1900 : 2005 QMS dari Perspektif Islam, MS 9001 : 2008 Pensijilan oleh SIRIM  dan MS 9001 : 2008 Pensijilan oleh SIRIM dan IQNET.

 

Terbaru di tahun 2014, The 39 Restaurant memenangi anugerah Restoran Terbaik bagi kategori Restoran Melayu daripada Anugerah Pelancongan Malaysia 2012/2013 dan MS1900:2014 dari perspektif Islam oleh SIRIM QAS International.

 

Tiada Persembahan Pentas

Walaupun tiada persembahan pentas, setiap hari ada imam dan bilal dari Masjid Asy Syakirin, KLCC yang akan mendendangkan zikir sepanjang bulan ramadan ini. Mereka juga baru sahaja mengeluarkan sebuah album Zikir & Fikir “Suci & Dosa”. Boleh dapatkan cd ini di Masjid Asy Syakirin, KLCC. Solat terawih di sana.

Kami sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur kerana menyediakan juadah berbuka puasa yang sedap sekali. Balik rumah, masing-masing kekenyangan sangat. Alhamdulillah.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:-

The 39 Restaurant        : 03-7490 3939

Restoran 10Binjai         : 03-7490 3838

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.pnbperdanaonthepark.com/

 

 

About emarieys

Ema has written 1144 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
24 Shares

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

9 thoughts on “Buka Puasa di PNB Perdana Sambil Menikmati Pemandangan Indah KLCC dan KL Tower Dari Tingkat 39

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE