Roti naan cheese untuk buka puasa? Kenyang ke?
Bila Ramadhan ni, selalu fikir “nak masak apa hari ini?” dan ada pula yang tanya “ko masak apa hari ini?”. Bila aku jawab, jarang masak, selalu buka dengan kuih jer..sahur baru makan nasi..ada yang musykil dengan jawapan aku…hehehe..memang senang keluarga aku ni…dah pekena kuih dan air…nasi langsung tak sentuh dah.. makan nasi time sahur… lauk pula simple jer..so, tak payah pening fikir nak masak lauk apa.. hari-hari roti john mesti ada…dan tambah satu dua jenis kuih lain..makanlah 3 beranak..kenyang sampai sahurlah.
Roti Naan Cheese Terbaik dari Naan Lounge, Shah Alam
Wah, naan cheese wey….antu cheese memang sukalah kan…walaupun aku tak makan cheese, tahap sedapnya aku tahu bila nampak orang makan naan cheese meleleh cheese dan kemain panjang tarik roti naan tu. Aku makan naan biasa cicah dengan kuah dal dia yang sedap tu, habis juga beberapa keping.
Yang special lagi kat sini naan nutella.. awal dulu aku rasa macam pelik makan roti naan dengan coklat ni… tapi rupanya tak rasa pelik pun, rasa sedap lagi ada…meleleh keluar isi coklat dari nutella..memang comot habis mulut..
Menu Buka Puasa Istimewa
Jangan risau, bukan hanya roti naan saja di bulan Ramadan kat sini. Kalau korang jenis yang mesti makan nasi untuk buka puasa, Naan Lounge sedia menu yang istimewa.. antaranya nasi beriyani, nasi putih, ayam tandoori, chicken masala, kambing keema, alu gobi, pakora, samosa, kheer dan banyak lagi. Ayam tandoori kat sini berbeza dengan kedai mamak yer… sangat ranggup dan isinya yang juicy dan spicy…dan tidak pakai pewarna pun. Buktinya, jari tak kuning selepas makan ayam tandoori.
Owner dari Pakistan
Naan Lounge ini baru 6 bulan beroperasi dan ia kali pertama menyediakan bufet ramadan. Owner dari Pakistan, so masakannya berbeza dengan masakan kedai-kedai mamak. Trademark memang Roti Naan.
Dalam ruang kedai memang sangat selesa… ada jenis yang open air..ada bilik penghawa dingin.. tempat solat lelaki dan perempuan pun ada.
Operasi bulan puasa dari jam 4:00 petang – 3:00 pagi. Dibuka setiap hari.
Call : 03-5882 2910
atau
IG: www.instagram.com/naanlounge
FB: www.facebook.com/naanlounge.my
Alamat:
Naan Lounge, 44 Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Paling senang waze jer atas nama Naan Lounge..terus sampai ke sini.
Wah tampak menyelerakan, sahur dapat roti naan cheese pun sedap hee
Ani Haryani recently posted…Shaklee National Conference 2019