Assalamualaikum. Akak memang hantu durian dik. Ko, jangan pelik tengok akak breakfast pun makan durian. Akak boleh habis 2-3 biji jer sekali hadap. Mana nak cari hantu durian macam akak ni kan.

Hah, itulah kisahnya..MamaEma memang suka sangat makan durian. Suka makan isinya jer, bila dah jadi tempoyak tak makanlah pula…Uiiih, memang nikmat tak terkata lah…Masa pantangkan Ayra pun MamaEma makan durian. Tapi terpaksa control sebab menyusu badan. Kalau tak fikirkan susu badan, memang berbiji-biji MamaEma akan habiskan.

Korang suka durian tak? Sini MamaEma nak kongsikan ada satu tempat yang selesa untuk korang bersantai bersama kawan-kawan mahupun keluarga menikmati buah durian sedap yang amat. Tempatnya di MATIC iaitu Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, KL. Wah, di tengah bandaraya dah ada tempat santai untuk makan durian. Ini baru syok kan..

Beberapa malam yang lepas, MamaEma pun terjah juga ke sana. MamaEma pergi dengan Mr. Ery dan bawa Ayra sekali. Kakak dan abang tak ikut, mereka tak suka durian. Dah pergi bertiga, naiklah motosikal saja. Lagi cepat sampai. Ramai juga yang kaki durian.. selepas terawih berpusu-pusu orang datang makan.

Melting tak tengok isinya… Korang, jangan terbatal puasa pula kat sini. MamaEma suka makan yang isinya keras-keras tu.. Yang baru-baru masak gituu.. Dapat yang tu, memang feeling habislah. Tak peduli orang sekeliling. Dapat isi yang gemuk-gemuk dan biji yang kecil..kenyang sampai sahur. hehehe

Datang sini, korang pilih buah durian yang korang nak. Nanti mereka kopekkan dan hantarkan ke meja korang. Isi durian mereka letak dalam berkas tupperware. Macam tak tak ada kenikmatan pula makan durian cara ni…Tapi, boleh saja korang nak kopekkan kat meja korang tu.. Terpulang. MamaEma lagi suka kalau ada orang yang kopekkan.

Mr. Ery, si Abang botak peneman MamaEma malam tu. Mr. Ery makan durian tapi tak adalah gemar macam MamaEma pun. Dia tahu bini dia ni memang hantu durian, sanggup dia bawa MamaEma ke sini. Kan kesian tengok isteri kebulur. Tak gitu ke Mr. Ery?

Tak sabar nak ngap..nasib tak meleleh air liur akak dik oiii

Jenis-Jenis durian

Walaupun MamaEma ini hantu durian. Jenis-jenis durian maaf MamaEma langsung tak tahu. Orang cakap tahu makan jer. Yang mana durian itu Musang King ke, Udang Merah ke, D24 ke, D1 ke, D13 ke… Yang mana nampak sedap memandang, sedap makan… belasah saja.

So, di MATIC ini buah durian yang ada Musang King dan Udang Merah. Memang tak menyesal datang sini, untuk menikmati durian yang enak dan sedap. Korang boleh terjah laman MATIC untuk lebih maklumat. Jom korang belanja MamaEma.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

One Reply to “Jom Makan Durian @ MATIC Kuala Lumpur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *