Loading...
Food Review

Bufet Ramadhan di Bangi Golf Resort- Bawa Keluarga dan Teman Iftar Sesama

buka puasa bangi golf resort

Tak kata apa..terus WOW!!! Eh, macam terjakun pulak kat situ. terkejut sebab ruang iftar sangat luas.. di tengah-tengah tempat makanan manakala kiri kanan ruang makan a.k.a dewan. Selesa ya amat yer..orang penuh dalam  dewan pun boleh bernafas lagi.

Aku ni first time sampai ke Bangi Golf Resort..banyak-banyak tempat yang pergi untuk buka puasa..sini paling luas tempatnya.

Konsep Kebun Dalam Bandar

Sebelum ini, asyik terliur jer tengok rakan-rakan blogger buat review kat sini…tahun ini Alhamdulillah ada rezeki aku pula… Malangnya Mr.Ery pula tak dapat ikut. last minute, kena kerja… nasiblahkan…oppsss, hehehehe…tak apa, bulan puasa nanti akan repeat datang ke sini.

Untuk tahun ini Bangi Golf Resort memperkenalkan konsep Kebun Dalam Bandar di mana bahan-bahan mentah yang digunakan dalam masakan Melayu dan Tradisional adalah hasil yang ditanam sendiri.

Ulam-ulaman segar pun ada kat sini yer antaranya ulam-ulam organik untuk Nasi Kerabu Biru. Warna biru bukan dari pewarna tapi dari bunga telang di kebun BGR itu sendiri. Ini baru original nasi kerabu… sedap.

buka puasa bangi golf resort

200 Jenis Makanan

Lebih 200 jenis makanan daripada tradisional Malayu hingga hidangan Barat. Antaranya

  • Laksa Singapura
  • Ipoh Hor Fun
  • Satay Ayam dan Daging
  • Kueh Teow Goreng
  • Mee Mamak
  • Nasi Ayam
  • Ayam VArural
  • Kari Ikan Tenggiri
  • Daging Kambing Masak Hitam Mamak
  • Spaghetti
  • Penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara
  • Dan seterusnya (tengok gambar lah)

buka puasa bangi golf resort

buka puasa bangi golf resort

buka puasa bangi golf resort

buka puasa bangi golf resort

buka puasa bangi golf resort

buka puasa bangi golf resort

buka puasa bangi golf resort

kambing BBQ pun adalah

buka puasa bangi golf resort

Tak tahu nak mula yang mana dulu… kalau ko rajin beratur.pergi setiap satu..kalau ko malas, pilihlah nak makan apa…tapi rugilah tak merasa semua masakan terbaik dari chef Bangi Golf Resort ni yer.

Malu nak tayang, tapi tak tayangkan orang tak percaya pula.. Yea, aku memang hantu durian. Jika tempat iftar tu disediakan durian memang satu bonus lah untuk aku…

tapikan, kalau dah mula makan durian, makanan lain mulalah jamah sikit. Itu bagi akulah… orang lain? Perut masing-masinglah kan…hehehe

buka puasa bangi golf resort

Eh, terasa segan pula dengan Bangi Golf Resort ni…betul ke ni dapat kita habiskan berpinggan durian ni Juju oiii..dengan isi yang tebal sebegitu….korang rasa dapat habiskan ke tidak???

Berkongsi Pahala

Dengan setiap tempahan buffet, Bangi Golf Resort akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). Dengan sumbangan ini dapat memperkasakan aktiviti pertubuhan yang berkaitan dengan bantuan-bantuan kemanusian bagi golongan kurang bernasib baik.

Makan seenaknya, elak membazir. BGR akan bekerjasama dengan Food Ais Foundation bagi menyumbangkan mana-mana lebihan makanan daripada bufet ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Kotak Sumbangan Iftar Sesama

Bangi Golf Resort juga bekerjasama dengan F8Buzz.com bagi mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada yang kurang bernasib baik.

Tahniah, Bangi Golf Resort (BGR)!!! satu tindakan yang bijak dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana restoran pun.

buka puasa bangi golf resort

Amboiii, yang nampak mek Ayra..Abang Aqeel tak nampak pun..Abang Aqeel yang banyak beratur ambil makanan..Lepas makan dia pergi main lompat-lompat kat gelongsor angin yang disediakan.  Gelongsor angin ke orang panggil? Hehehe..fahamkan ajerlah yer.

Malam review tu memang ramai blogger yang hadir…artis pun ada..so yang mana sempat aku posing…ceh, macam ramai..padahal dengan blogger juju dan Maria Tunku Sabri jer aku selfie. Nampak tak siapa baju hitam, gambar kat bawah tu…Dayangku Intan kan…perghh…dia punya suara memang power..

Harga Buffet Murah

Sungguh aku pada mulanya memang tak percaya betul ke harga buffet ramadhan kat BGR serendah ni?

RM59.00 – Dewasa

RM29.00 – Kanak-Kanak

Mana lagi tempat serendah ini di hotel selain Bangi Golf Resort? So, korang patut datang ke sino..tak datang memang korang rugi.. korang pun boleh buat tempahan atas talian di laman https://www.bgrrest.com/product/ramadhan-buffet-ms-rachel/ .

Alamat: Bangi Golf Resort Restaurant, No.1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

Tel: 1 700 81 8557

Fb: www.facebook.com/bangigolfresort

Instagram : @bangigolfresortofficial

TERIMA KASIH Bangi Golf Resort

Dan tidak lupa juga aku nak ucapkan terima kasih juga pada blogger Yaya Cendana yang bagi peluang untuk aku menggantikan tempatnya..

About emarieys

Ema has written 1227 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE